Apa Kaitan Rambut Gugur Dan Minyak Kelapa Dara?

Rambut gugur boleh menjadi perkara yang merisaukan. Bayangkan rambut gugur setiap hari ibarat hujan turun mencurah-curah. Ia masih normal sekiranya 50 – 100 helai rambut gugur dalam sehari. Namun, sekiranya setiap kali seseorang itu menyikat rambut dan mendapati gumpalan rambut gugur berselerakan pada lantai, itu adalah tidak normal. Siapa yang tidak risau melihat ‘mahkota’ rambut gugur sebegitu sahaja?

 

Pastinya ramai yang mahu mengetahui cara untuk selesaikan masalah rambut gugur daripada terus berpanjangan. Memang terdapat banyak produk untuk merawat keguguran rambut di pasaran tetapi adakah produk tersebut sesuai dengan anda? Adakah ia selamat tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya?

 

Sebab itulah penyelesaian rambut gugur dengan kaedah organik dan tradisional diyakini kerana ianya semulajadi dan tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna. Salah satu petua mengurangkan rambut gugut adalah dengan menggunakan minyak kelapa dara.

 

Minyak kelapa dara amat bagus untuk kecantikan dan kesihatan. Rahsianya ada pada kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa dara. Ia kaya dengan bahan antioksidan yang dapat menghalang jangkitan bakteria dan kuman. Minyak kelapa dara juga tahan lama sehingga enam bulan tanpa rosak.

 

Minyak kelapa sangat popular di seluruh dunia dan disukai oleh pakar penjagaan rambut untuk merawat rambut gugur. Berikut adalah beberapa kelebihan minyak kelapa dara yang baik untuk menghalang masalah keguguran rambut.

 

Keistimewaan Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut

  • Minyak kelapa dara kaya dengan mineral, vitamin dan karbohidrat yang dapat menyihatkan rambut.

 

  • Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik dan asid lemak rantaian sederhana yang menguatkan rambut hingga ke akar serta membantu rambut tumbuh semula. Minyak kelapa dara boleh dijadikan minyak rambut untuk rambut yang cantik, lebat dan berkilat.

 

 

Apakah manfaat yang anda akan perolehi selepas menggunakan minyak kelapa dara?

 

Cara Penggunaan Minyak Kelapa Dara Untuk Menghalang Rambut Gugur.

Minyak kelapa dara sangat sesuai bagi mereka yang mahukan rambut yang cantik dan sihat. Kesan tindak balas yang sangat cepat boleh dialami terutama pada mereka yang mengalami masalah rambut gugur. Amalkan cara pemakaian seperti ini dengan kerap untuk mencapai hasil yang optimum. Pastikan minyak kelapa dara tersebut asli untuk kesan yang memuaskan.

  • Sapukan minyak kelapa dara pada kulit kepala dengan lembut & urut secara perlahan
  • Amalkan sebanyak dua kali sehari iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.

 

Ramai pengguna menjadikan minyak kelapa dara pilihan utama untuk merawat masalah rambut gugur. Terpulang kepada jenis produk minyak kelapa dara yang anda ingini. Sekiranya anda sedang mencari minyak kelapa dara dengan harga yang berpatutan, anda boleh mencuba produk minyak kelapa dara ini.

rambut gugur

Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Yang Anda Patut Tahu

“Alamak, rambut gugur lagi, takut botak pula kepala ni”

 

Rambut gugur adalah antara masalah paling besar yang dialami ibu-ibu selepas bersalin. Sebenarnya, wanita selepas bersalin akan mengalami masalah rambut gugur kerana perubahan hormon. Secara puratanya, wanita yang mengalami masalah rambut gugur adalah sebanyak 100-150 helai rambut. Tetapi, selepas bersalin, mereka mungkin akan mengalami keguguran rambut sehingga 500 helai! Walaupun bunyinya mengejutkan tetapi itulah yang terjadi.

 

Kenapa rambut gugur selepas beranak?

Fasa pertumbuhan kitaran rambut biasa adalah di antara 85% – 95%, manakala 5%-15% berada pada fasa rehat sebelum rambut itu gugur semasa bersyampu atau menyikat rambut. Semasa hamil, tahap estrogen meningkat dan rambut akan berada dalam tempoh fasa pertumbuhan pada kadar yang lebih lama.  Namun, apabila wanita telah melahirkan anak, semuanya berubah.

 

Setelah bayi dilahirkan, hormon estrogen kembali normal.  Disebabkan itu, rambut ibu akan cepat tumbuh dengan pesat dan seterusnya gugur.  Ketika inilah rambut gugur dengan sangat banyak. Jadi, jangan terkejut kalau anda ternampak segumpal besar rambut gugur di bilik air atau selepas anda bersyampu dan bersikat.  Ia adalah perkara normal dan tidak perlu dirisaukan.

 

Bila rambut mula gugur?

Biasanya rambut ibu akan mula gugur selepas 3-4 bulan kelahiran bayi.  Pada masa yang sama, bayi sudah pandai menyemburkan air liur. Menurut kata orang-orang tua, itu menandakan rambut ibu mula gugur. Menurut sains, ia adalah kerana perubahan hormon.

 

Dalam masa sebulan atau dua bulan, anda akan perasan anak-anak rambut akan tumbuh semula. Namun sekiranya rambut masih keguguran sehingga 6 bulan lamanya, maka anda perlu berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Rambut gugur boleh dielakkan sekiranya anda mengambil langkah pencegahan awal. Di sini saya kongsikan tips untuk menghilangkan rambut gugur kepada ibu-ibu semua.

 

5 TIPS UNTUK KURANGKAN RAMBUT GUGUR

  1. Jangan kerap sikat rambut. Semasa menyikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.
  2. Hilangkan kusut sebelum shampoo. Pastikan rambut disikat supaya rambut tidak kusut dan kurang masalah rambut gugur.
  3. Makan makanan yang berprotein tinggi. Kebanyakan makanan yang mengandungi protein mengandungi vitamin B-12 yang baik untuk menguatkan dan menumbuhkan rambut.
  4. Tocang rambut sebelum tidur. Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher untuk mengelak rambut gugur dan rambut kusut selepas bangun dari tidur.
  5. Jangan ikat rambut terlalu ketat. Ikatan sanggul yang terlalu kuat boleh membuatkan akar rambut menjadi lemah.

 

Kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak, anda tidak perlu risau sekiranya rambut mula gugur selepas bersalin. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan rambut gugur yang anda boleh amalkan. Salah satu cara yang terbaik adalah dengan menggunakan minyak kelapa dara.  Ia terbukti dapat membantu ibu yang runsing tentang masalah keguguran rambut.

 

Sekiranya anda sedang mencari produk untuk mengurangkan rambut gugur selepas bersalin, dapatkan produk minyak kelapa dara kami.