5 Syampu Untuk Rambut Gugur. No.5 Yang Terbaik

“Apakah syampu untuk rambut gugur yang terbaik untuk saya?”

Sekiranya anda ada pertanyaan itu, anda tidak berseorangan.

Ini sebabnya:

Setiap orang mengalami keguguran rambut sekitar 100 hingga 150 helai rambut. Ia kerana rambut kita melalui kitaran pertumbuhan dan akan gugur secara semulajadi.

Namun begitu, anda mungkin mengalami masalah keguguran rambut jika rambut anda gugur lebih banyak dari jumlah ini.

Masalah keguguran rambut boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya seperti mengikat rambut terlalu ketat dan mendandan rambut terlalu kerap. Ia boleh menyebabkan folikel di kulit kepala lemah lalu rambut menjadi rapuh dan mudah putus.

Selain itu, perubahan hormon dan diet pemakanan juga mempengaruhi pertumbuhan rambut.

Namun begitu, usah risau. Terdapat pelbagai produk syampu untuk rambut gugur di pasaran.

Dengan memilih syampu yang sesuai, anda pasti dapat merawat dan mencegah masalah rambut gugur. Syampu untuk rambut gugur yang bagus dapat membersihkan kulit kepala dan membuang sel-sel kulit mati. Lalu dapat menggalakkan pertumbuhan rambut sihat.

 

 

 

1. Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

 

 

Produk ini adalah sangat unik dan lain dari yang lain. Ia bukanlah syampu seperti produk yang lain, tetapi ia adalah minyak kelapa dara. Ia dirumus khas dengan bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan tanpa was-was.

Minyak kelapa dara sememangnya terkenal dengan pelbagai manfaat. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit, malah dapat menyelesaikan masalah rambut.

Minyak kelapa dara dapat:

  • mencegah keguguran rambut dengan menguatkan akar rambut dan folikel. Selain itu, ia juga mencegah dan mengatasi kerosakan rambut lalu menjadikan rambut lebih hitam dan lebat.
  • membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut lebih berkilau dan bermaya. Dengan rumusan nutrien, ia membersihkan kulit kepala dari sel-sel kulit mati lalu mengurangkan masalah kelemumur.

Hanya sapu minyak kelapa dara ke seluruh kulit kepala ketika rambut kering. Urut ke seluruh kepala sehingga rata dan biarkan selama dua jam atau semalaman. Kemudian, bilas dengan air beserta syampu yang bersesuaian.

Dengan memilih syampu untuk rambut gugur yang tepat dan bersesuaian, masalah keguguran rambut pasti boleh diatasi. Selidik dahulu sebelum anda membeli syampu atau apa-apa produk rambut. Pastikan ia selamat dan berkesan demi menjaga kesihatan rambut anda.

 

 

2. Good Virtues Co. Healthy Hair & Scalp Shampoo

 

 

Syampu berjenama tempatan ini mengandungi minyak Habbatus Sauda organik yang dapat membantu melembabkan rambut agar lebih lembut, licin dan berkilau.

Ia juga mengandungi formula yang boleh melindungi rambut secara semulajadi dan menguatkan folikel untuk mencegah rambut gugur. Syampu ini sesuai untuk semua jenis rambut.

 

 

 

3. Clear Women Anti-Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo

 

 

Syampu ini mengandungi 10 nutrien yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Selain dari membantu mengatasi masalah keguguran rambut, syampu ini juga membersihkan kulit kepala dari kelemumur.

Ia mengaktifkan lapisan perlindungan semulajadi kulit kepala dan menjadikannya lebih bersih dan kuat.

 

 

 

 

4. Head & Shoulders Anti-Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo

 

 

Syampu ini bukan sahaja membantu mengurangkan keguguran rambut, ia juga berfungsi sebagai anti kelemumur. Formulasi syampu ini membantu menguatkan akar rambut hingga ke hujung rambut agar lebih kuat dan lebat.

Syampu ini juga memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit kepala lalu mengurangkan risiko rambut gugur dan kelemumur. Ia kerana kulit kepala yang kering boleh menyebabkan rambut bermasalah.

 

 

 

5. Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo

 

 

 

Syampu ini juga merupakan syampu untuk rambut gugur 2 dalam 1. Ia boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur dan memberi khasiat agar akar rambut lebih kuat.

Dengan ramuan herba butea frondosa dan bhringaraja, ia menggalakkan pertumbuhan folikel rambut dan berkesan dalam menguatkan akar rambut lalu mengawal masalah rambut gugur. Ia juga memperbaiki tekstur rambut agar lebih halus dan lembut.

 

 

 

6. Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

 

 

Produk ini adalah sangat unik dan lain dari yang lain. Ia bukanlah syampu seperti produk yang lain, tetapi ia adalah minyak kelapa dara. Ia dirumus khas dengan bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan tanpa was-was.

Minyak kelapa dara sememangnya terkenal dengan pelbagai manfaat. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit, malah dapat menyelesaikan masalah rambut.

Minyak kelapa dara dapat:

  • mencegah keguguran rambut dengan menguatkan akar rambut dan folikel. Selain itu, ia juga mencegah dan mengatasi kerosakan rambut lalu menjadikan rambut lebih hitam dan lebat.
  • membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut lebih berkilau dan bermaya. Dengan rumusan nutrien, ia membersihkan kulit kepala dari sel-sel kulit mati lalu mengurangkan masalah kelemumur.

Hanya sapu minyak kelapa dara ke seluruh kulit kepala ketika rambut kering. Urut ke seluruh kepala sehingga rata dan biarkan selama dua jam atau semalaman. Kemudian, bilas dengan air beserta syampu yang bersesuaian.

Dengan memilih syampu untuk rambut gugur yang tepat dan bersesuaian, masalah keguguran rambut pasti boleh diatasi. Selidik dahulu sebelum anda membeli syampu atau apa-apa produk rambut. Pastikan ia selamat dan berkesan demi menjaga kesihatan rambut anda.

 

 

 

OMG! Inilah Punca Rambut Gugur Terjadi

Masalah keguguran rambut merupakan perkara normal di mana fasa kitaran pertumbuhan rambut berlaku. Namun begitu, ia agak membimbangkan sampai anda tak tahu apa punca rambut gugur terlalu banyak.

Secara purata, orang dewasa mempunyai sekitar 100,000 ke 150,000 helai rambut. Kebiasaannya, 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari mengikut kitaran pertumbuhan rambut.

Jika rambut anda gugur lebih dari ini, anda mungkin menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

 

Ikat rambut terlalu ketat

 

Jika anda kerap mengikat rambut dengan ketat, anda mungkin terdedah dengan rambut gugur.

Ikatan rambut yang ketat boleh menyebabkan tekanan di akar rambut dan melemahkan cengkaman helaian rambut dari folikel. Lalu menyebabkan rambut gugur atau putus dengan mudah.

 

Kerap mendandan rambut

 

Mendandan rambut dengan kerap adalah salah satu punca rambut gugur. Ia membuatkan rambut lebih rapuh dan mudah putus.

Oleh itu, elakkan dari menggunakan hair dryer. Haba panas akan menyebabkan akar rambut menjadi lemah.

 

Stres

 

Tekanan atau stres boleh memberikan kesan dari segi fizikal atau emosi. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan perubahan pada gaya hidup anda seperti waktu tidur, selera makan mahupun hormon.

Ia mempengaruhi hormon sekaligus menyebabkan rambut gugur. Oleh itu, anda perlu tangani stress dengan bijak.

 

Folikel rambut tersekat

 

Rambut yang cantik tumbuh dari kulit kepala yang sihat. Jika kulit kepala anda bermasalah, ia boleh menyebabkan pertumbuhan rambut tersekat lalu rapuh dan senang gugur.

Pilihlah produk rambut yang sesuai dan bagus untuk menguatkan rambut dan kulit kepala. Pilih syampu yang sesuai agar dapat membantu membersihkan kulit kepala dan membuang sel-sel kulit mati.

 

Perubahan hormon

Ketidakseimbangan hormon dapat mempengaruhi tubuh badan wanita. Ini kära berlaku kepada wanita yang baru bersalin.

Proses perubahan hormon ini boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut, sekaligus menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Selain itu, pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

 

Kekurangan zat besi

 

Kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan punca rambut gugur. Ia sering berlaku di kalangan wanita.

Setiap kali haid, anda akan kehilangan zat besi yang banyak setiap bulan. Tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang secukupnya. Oksigen akan berkurangan lalu dan akhirnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.

 

Diet tidak seimbang

 

Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan pemakanan yang sihat dan seimbang. Rambut yang sihat dan kuat memerlukan banyak sumber protein, Omega-3 dan vitamin seperti vitamin A, D dan E.

 

Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical

 

 

 

Usah bimbang, masalah keguguran rambut boleh diatasi dengan menggunakan minyak kelapa dara. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit, malah dapat menyelesaikan masalah rambut.

Ia dapat membantu mencegah keguguran rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Selain itu, ia juga dapat mencegah dan mengatasi kerosakan rambut, lalu menjadikan rambut lebih berkilau dan bermaya.

Caranya mudah sahaja. Titiskan minyak kelapa dara pada tapak tangan, dan sapu ke bahagian kulit kepala ketika rambut kering. Urut ke seluruh kepala sehingga rata dan biarkan selama dua jam atau semalaman. Kemudian, bilas dengan air beserta syampu yang bersesuaian.

Rambut merupakan mahkota wanita. Oleh itu, jaga lah rambut anda sebaik mungkin agar ia kekal sihat dan cantik.