cara hilangkan kelemumur

Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Pantas dan Mudah

Cara hilangkan kelemumur ni ada banyak.

Ada cara tradisional. Ada cara moden.

Bagi wanita, anda wajib tahu cara hilangkan kelemumur ni.

Ini kerana ia membuatkan anda kurang senang apabila kelemumur mula kelihatan di bahu atau terlekat pada tudung.

Masalah rambut ini agak sukar untuk diatasi. Walaupun dah menggunakan syampu yang mahal, kelemumur tetap masih ada.

Jangan susah hati. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara hilangkan kelemumur secara semulajadi.

 

7 Cara Hilangkan Kelemumur Yang Anda Boleh Cuba

 

Sebenarnya, anda boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah anda. Ianya murah. Anda boleh menyediakannya tanpa mengeluarkan duit yang banyak.

Kesemua cara menghilangkan kelemumur ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ramai wanita. Anda boleh lihat perubahan positif setelah mengamalkan ketujuh-tujuh cara di bawah:

 

1. Aloe Vera

 

Aloe vera atau lidah buaya sememangnya tumbuhan yang mengandungi banyak manfaat.

Ia bukan sahaja baik untuk kulit. Malah, aloe vera boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur.

Aloe vera kaya dengan khasiat seperti protein, vitamin A dan vitamin C. Selain membantu menghilangkan kelemumur, ia juga boleh melebatkan rambut anda secara semulajadi.

Cara nak mengamalkannya sangat mudah.

  • Haluskan isi aloe vera dari pokok.
  • Sapukan secara rata ke seluruh rambut dan kulit kepala.
  • Urut perlahan-lahan agar meresap ke kulit kepala.
  • Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.

 

2. Daun Durian Belanda

 

Anda juga boleh amalkan cara hilangkan kelemumur dengan daun durian belanda.

Ia ada ciri-ciri anti bakteria yang dapat menghilangkan masalah rambut berkelemumur.

Cara nak menyediakannya adalah:

  1. Lumatkan 5-6 helai daun durian belanda.
  2. Campurkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes.
  3. Sapukan secara rata pada eluruh kulit kepala.
  4. Biarkan selama 30 minit dan bilas seperti biasa.

 

3. Limau Nipis

 

Rawat masalah rambut dengan limau nipis. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A dan C.

Selain menghilangkan kelemumur, limau nipis boleh melebatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Malahan, limau nipis ternyata boleh mengurangkan minyak berlebihan serta kotoran atas kulit kepala.

Cara nak menyediakannya:

  1. Perah 3 biji limau nipis dan campurkan dengan air.
  2. Selepas selesai mandi, basuh rambut dengan air perahan limau nipis. Tidak perlu dibilas.

 

4. Lemon

 

Lemon, seperti limau nipis, boleh mengurangkan masalah kelemumur.

Ia mengandungi asid yang boleh membersihkan kulit kepala lalu menghilangkan kelemumur.

Caranya penyediaan adalah sama seperti menggunakan limau nipis.

 

5. Cuka

 

Cuka bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah boleh mencantikkan dan mengilatkan rambut.

Sifatnya yang anti bakteria adalah sangat sesuai untuk menghilangkan kelemumur. Namun anda perlu berhati-hati sebab cuba mengandungi asid.

Caranya adalah:

  1. Larutkan sesudu cuka bersama satu cawan air.
  2. Sapukan ke seluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit dan bilas.

 

6. Minyak Zaitun

 

Minyak zaitun sudah diketahui umum bagus untuk kesihatan rambut.

Ia berkesan untuk menghilangkan kelemumur secara semulajadi dan pantas kerana ia bersifat antiseptik.

Caranya mudah, hanya sapukan minyak zaitun ke seluruh kulit kepala. Urut perlahan-lahan agar ia senang meresap.

 

7. Minyak Kelapa Dara

 

Minyak kelapa dara juga merupakan bahan semulajadi yang sangat berkhasiat untuk merawat kulit dan rambut.

Selain melembutkan kulit, minyak kelapa mampu untuk menghilangkan kelemumur serta melebatkan rambut.

Produk minyak kelapa dara ini bersifat semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk dipakai tanpa was-was.

Cara menggunakannya adalah sangat mudah:

  1. Sapukan minyak kelapa dara ke seluruh kulit kepala.
  2. Urut dengan perlahan agar ia mudah meresap.

 

Ternyata, anda boleh mengatasi masalah rambut berkelemumur dengan 7 cara tadi.

Sekiranya anda mahu cara hilangkan kelemumur yang cepat dan selamat, anda boleh mendapatkan produk minyak kelapa dara kami secara online di sini.

 

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *