cara hilangkan kelemumur

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi

Nak hilangkan kelemumur ini sebenarnya ada kaedahnya. Terdapat cara hilangkan kelemumur hanya dengan menggunakan bahan semulajadi.

Rambut berkelemumur sering berlaku pada ramai orang, tidak kira samada lelaki atau wanita. Paling tidak menyenangkan apabila serpihan kelemumur mula kelihatan di bahu anda atau terlekat pada tudung.

Kelemumur merupakan sel kulit kepala yang mati dan kering lalu terkupas. Rambut berkelemumur boleh berlaku disebabkan kulit kepala kering, pemilihan syampu yang tidak sesuai atau jangkitan kulat.

Masalah rambut berkelemumur ini agak sukar untuk diatasi. Kadangkala, ia sangat susah untuk dihilangkan walaupun dengan menggunakan syampu yang mahal.

Namun begitu, usah gusar. Terdapat cara untuk hilangkan kelemumur menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati.

 

  • Lemon

 

lemon

 

Lemon mengandungi asid dan kaya dengan vitamin A dan C. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur.

Lemon juga boleh membersihkan kulit kepala dari minyak yang berlebihan dan kotoran.

Caranya dengan memerah sedikit air lemon (2 sudu makan) dan campurkan dengan air. Selepas selesai mandi, basuh rambut dengan air perahan limau nipis dan tidak perlu dibilas.

 

  • Aloe vera

 

aloevera

 

Aloe vera atau lidah buaya sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat. Ia sangat bagus untuk kulit dan boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Selain itu, ia juga mudah didapati di rumah.

Aloe vera mengandungi kebaikan seperti protein, vitamin A dan vitamin C. Selain membantu menghilangkan kelemumur, ia juga boleh melebatkan rambut anda secara semulajadi.

Caranya sangat mudah;  haluskan isi aloe vera dari pokok, dan sapukan secara rata ke seluruh rambut dan kulit kepala. Urut perlahan-lahan agar meresap ke kulit kepala. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.

 

  • Limau nipis

 

limau nipis

 

Limau nipis boleh merawat masalah rambut. Ia kaya dengan vitamin A dan C. Selain menghilangkan kelemumur, ia juga boleh melebatkan rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Limau nipis juga boleh membersihkan kulit kepala dari kotoran dan minyak berlebihan.

Caranya dengan memerah 3 biji limau nipis dan campurkan dengan air. Selepas selesai mandi, basuh rambut dengan air perahan limau nipis dan tidak perlu dibilas.

 

  • Cuka

 

cuka

 

Cuka merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan. Ia juga boleh merawat masalah rambut berkelemumur.

Sifatnya yang antikulat, boleh menghilangkan kulat penyebab kelemumur. Namun begitu, cuka mengandungi tahap asid yang tinggi. Oleh itu anda perlu berhati-hati ketika menggunakannya.

Caranya dengan larutkan sesudu cuka bersama satu cawan air. Sapukan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 5 minit dan bilas.

 

  • Garam

 

garam

 

Garam sering digunakan dalam masakan sebagai bahan perasa. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur di rambut. Ia boleh dijadikan sebagai hair mask semulajadi pada rambut.

Cara penggunaan garam perlu dilakukan ketika rambut separuh basah.

Sediakan tiga sudu makan garam, kemudian urut lembut ke kulit kepala. Urut selama tiga minit, seterusnya bilas atau syampu seperti biasa.

 

  • Minyak zaitun

 

minyak zaitun

 

Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan untuk badan kita. Ia juga berkesan untuk menghilangkan kelemumur secara semulajadi dan pantas.

Caranya mudah, hanya dengan sapukan minyak zaitun ke seluruh kulit kepala. Urut perlahan-lahan agar ia senang meresap.

 

  • Minyak kelapa

 

bio tropical

 

Minyak kelapa merupakan bahan semulajadi yang sangat berkhasiat untuk merawat kulit dan rambut. Selain melembutkan kulit, ia juga mampu untuk menghilangkan kelemumur serta melebatkan rambut.

Minyak Kelapa Dara Bio Tropical merupakan produk yang bersifat semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia boleh membantu anda menghilangkan masalah rambut berkelemumur.

Caranya hanya dengan sapukan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ke seluruh kulit kepala. Urut dengan perlahan agar ia mudah meresap.

Anda tidak perlu gusar lagi. Kini masalah rambut kelemumur boleh diatasi secara semulajadi dan sihat.

Selamat mencuba!

 

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *