GUGUR DAN BOTAK SECARA BERTOMPOK

“Rambut gugur bertompok-tompok?? Malunya!!”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang ambil remeh tentang masalah ini. Tapi untuk pengetahuan semua, rambut gugur secara bertompok ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada penampilan kita, malah masalah ini adalah serius!

Kenapa?

Sebab masalah kehilangan rambut di kepala yang meninggalkan kesan secara tompokan ini boleh merebak dengan cepat. Impak yang terkesan daripada masalah ini lama kelamaan akan menjadikan kepala botak.

Keguguran rambut tompokan seperti ini boleh menyebabkan botak yang berbentuk bulat atau lonjong pada bahagian atas kepala. Kulit kepala di bahagian botak itu akan kelihatan berkilat.

Ini serius!!!

Masalah menjadi lebih serius apabila orang yang mengalami keguguran rambut tersebut akan kehilangan 50% daripada jumlah rambut mereka dalam masa yang amat singkat iaitu dalam masa semiggu.

Lama kelamaan, dalam masa sebulan sahaja, mereka akan menjadi botak! Dan kesan daripada itu, rambut tidak akan tumbuh kembali buat selama lamanya! Takutnyaaa!!

“Apa itu botak bertompok?”

Botak bertompok atau juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Alopecia Areata. Botak bertompok ini didefinisikan kehilangan rambut secara tiba tiba yang disebabkan oleh banyak folikel yang terlalu awal berehat di fasa Telogen.

Kawasan keguguran rambut boleh terasa gatal dan menyakitkan. Rambut cenderung untuk gugur dalam tempoh yang singkat, dengan keguguran rambut yang luar biasa berlaku berbanding dengan bahagian kepala lain.

“Macam mana botak bertompok ini boleh terjadi??”

Punca utamanya adalah :

1) Stress yang kronik dan berpanjangan

Stress atau tekanan emosi yang kronik dan berpanjangan secara tidak langsung boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan masalah yang lebih serious iaitu botak bertompok.

Ia juga akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon seseorang tidak kira sama ada secara fizikal atau emosi.

2) Genetik

Masalah ini boleh berlaku lebih kerap pada orang yang mempunyai sejarah daripada ahli keluarganya sendiri, yang menunjukkan keturunan mungkin boleh menjadi salah satu faktor masalah ini terjadi.

3) Ikatan rambut yang ketat

Ikatan rambut yang terlampau ketat juga boleh mengakitbatkan akar rambut sakit dan menjurus kepada masalah botak bertompok. Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudak rosak dan gugur.

4) Jangkitan virus/ bakteria

Jangkitan daripada sebarang virus ataupun bakteria boleh mengakibatkan masalah botak bertompok berlaku. Hal ini kerana kulit kepala adalah salah satu bahagian yang sensitif yang perlu dijaga.

5) Bahan kimia

Faktor pemakaian syampu atau perapi rambut yang salah boleh cenderung kepada masalah ini terjadi. In kerana setiap syampu atau perapi rambut yang dihasilkan mempunyai serba sedkit campuran bahan kimia.

Ada sesetengah bahan kimia yang tidak sesuai untuk rambut, jadi ia akan memberi kesan iaitu keguguran rambut yang serius. Jika keguguran rambut ini berterusan maka terjadinya masalah botak bertompok di kepala.

“Risaunya.. boleh ke masalah ini dirawat??”

Jangan bimbang, kami boleh berkongsi serba sedikit cara untuk merawat masalah botak bertompok ini!

Antara cara yang boleh diambil adalah :

1) Berjumpa doktor

Untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya, anda boleh berjumpa doktor. Nasihat daripada pakar diperlukan kerana mereka lebih arif tentang masalah yang melibatkan kesihatan tubuh badan. Jika ada sebarang penyakit yang serius, doktor boleh mengesannya daripada simpton awal seperti ini.

2) Minyak kelapa dara Bio-Tropical

Pasti ramai yang tak tahu bahawa Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical mengandungi bermacam macam manfaat dan kebaikan dalam hanya satu produk. Sebagai contoh, ia adalah bagus untuk digunakan sebagai rawatan untuk semua jenis masalah rambut termasuklah masalah botak bertompok. Hal ini kerana Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical bersifat semulajadi dan dijamin 100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia. Ianya dihasilkan daripada kelapa dara yang berkualiti tinggi.

Cara penggunaan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical adalah dengan cara menyapu minyak kelapa dara tersebut di kulit kepala sambil mengurutnya. Pemakaian secara berterusan lebih memberi manfaat sekaligus dapat merawat masalah ini.

Macam mana nak dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio-Troical ini?

Anda boleh mendapatkannya di website www.biotropicalcares.com/produk/

Ataupun dengan cara direct order di wasap.my/60108467741

Semoga bermanfaat!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*