adult-blonde-female-973401

Ikuti Beberapa Tips Ini Untuk Kurangkan Rambut Gugur!

Rambut gugur merungsingkan anda? Tahukah ada tips yang mampu membantu anda mengurangkan keguguran rambut. Ikuti beberapa tips dibawah untuk kurangkan rambut gugur.

 

Membasuh rambut dengan kekerapan sempurna

 

Rambut perlu dibasuh berdasarkan aktivti harian seseorang, jika seseorang kurang berpeluh maka jarakkan antara hari cucian namun jika aktif dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh rambut perlu dibasuh setiap hari. Tahukah anda masa yang terbaik untuk cuci rambut? Pakar mengsyorkan adalah lebih baik mencuci rambut dengan syampu pada sebelah petang atau malam iaitu ketika selesai melakukan aktiviti harian, ini kerana untuk menghilangkan peluh dan kotoran yang melekat di kulit kepala. Malam adalah masa untuk beristrirehat setelah siang yang memenatkan. Oleh itu, membasuh rambut pada waktu malam adalah masa yang paling baik. Ini mampu mengurangkan dan mengatasi masalah rambut gugur anda.

 

Diet yang seimbang

Setiap bahagian tubuh memerlukan nutrisi nutrisi yang tersendiri. Sel-sel yang rosak memerlukan sel yang baru untuk menggantikannya. Zat besi daripada makanan harian mampu menghasilkan sel-sel yang baru dan juga membaiki sel yang sedia ada dalam tubuh badan ia juga membantu untuk mengurangkan rambut gugur. Antara makanan yang tinggi kandungan zat besi ialah daging merah, bayam, telur dan kacang merah. Pastikan anda mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang mencukupi bagi membantu rambut anda tumbuh dengan sihat dan kuat.

 

Kurangkan menyikat rambut

Semakin kerap kita menyikat rambut, semakin banyak rambut gugur. Tidak percaya? Lihat pada sikat anda, helaian rambut yang gugur akan bertambah jika anda menyikat rambut dengan kerap. Cara menyikat rambut juga amat penting bagi mengelakkan rambur gugur dengan bayak. Caranya ialah dengan memegang rambut pada akar dan menyikat rambut bahagian hujung dahulu. Elakkan menyentap rambut dengan kuat kerana ia akan membuatkan rambut anda tercabut atau putus.

 

Memilih sikat yang sesuai

Jenis sikat yang digunakan haruslah sesuai dengan rambut seseorang. Sikat yang paling disyorkan adalah yang bergigi jarang. Terdapat pelbagai jenis sikat bergigi jarang dijual di pasaran. Ambil lah masa untuk memilih sikat yang sesuai dengan anda. Memilih sikat yang bergigi rapat mempunyai peratusan tinggi untuk membuat rambut gugur,ini kerana terlalu banyak helaian rambut tersekat di celah gigi yang sama menyebabkan ia putus.

 

Santan

Kelapa adalah sumber untuk rambut yang sihat. Daripada santan hingga ke minyak. Kedua dua produk ini dapat memberi manfaat kepada si pengguna. Lumurkan santan keatas kulit kepala sebelum membasuh rambut anda dengan syampu. Biarkan dalam 20 minit untuk kesan yang lebih berkesan, urut kulit kepala anda sebelum membasuhnya. Bilas santan tersebut dengan syampu sehingga bersih. Ini mampu mengurangkan rambut gugur kerana santan mempunyai nutrisi yang baik untuk merawat rambut menjadikannya kuat, sihat dan bersinar.

 

Tidak mengenakan haba pada rambut

Rambut kebiasaanya didandan dengan peralatan menggunakan haba seperti pengering rambut atau pelurus rambut. Haba boleh merosakkan rambut dan menjadikan rambut hilang kilau dan serinya. Ini adalah salah satu penyebab rambut gugur. Rambut adalah lebih elok jika dikeringkan dengan udara secara semula jadi. Ini adalah tips, anda boleh mengeringkan rambut anda di hadapan kipas (stand fan) tanpa menggunakan pengering rambut, ianya akan membuatkan rambut anda kekal sihat dan kurang rambut gugur kerana akar tidak terdedah dengan haba yang berlebihan dari pengering rambut.

 

Tidak mengikat rambut dengan ketat

Elakkan mengikat rambut dengan ketat jika anda tidak mahu rambut gugur. Ikatan yang kuat boleh melemahkan akar yang menyebabkan rambut cengkaman rambut tidak kuat. Ikat sekadar perlu, tidak terlalu longgar atau ketat sedang sedang sahaja sudah mencukupi.

 

Diharapkan anda mendapat manfaat daripada tip untuk merawat rambut gugur ini. Sekiranya anda sedang mencari cara penyelesaian rambut gugur yang cepat dan mudah, kami syorkan anda untuk mencuba produk keluaran Bio Tropical ini. Ia dihasilkan daripada minyak kelapa dara asli. Ketahui lebih lanjut tentang produk rambut gugur ini.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*