1

Keguguran Rambut? Ketahui Punca-Punca Yang Menyebabkan Rambut Gugur Anda Disini.

Purata manusia mengalami keguguran rambut kurang daripada 100 helai dalam sehari, namun keguguran rambut yang berlebihan adalah membimbangkan. Ketahui punca-punca rambut gugur di bawah.

 

Diet yang tidak seimbang

Pemakanan yang tidak teratur sedikit sebanyak boleh menyebabkan seseorang mengalami rambut gugur. Vitamin adalah perkara yang diperlukan oleh tubuh badan bagi memastikan kesihatan kita di tahap yang maksima namun setiap vitamin ada had yang boleh diterima oleh tubuh badan seseorang. Mengikut kajian sebenar, pengambilan vitamin A dan E yang berlebihan boleh menjadi punca utama yang menyebabkan keguguran rambut. Maka, setiap apa yang kita makan haruslah berpada pada dan jangan terlebih.

 

Genetik

Punca masalah rambut gugur barangkali terjadi kerana masalah genetik. Pemerhatian boleh dilakukan terhadap rambut ibu bapa dan saudara terdekat, jika kebanyakkan daripada mereka mempunyai corak rambut yang nipis atau botak di sebahagian tempat, ketahuilah bahawa anda mewarisi masalah genetik rambut nipis.

 

Jarang cuci rambut/terlalu kerap basuh

Kulit kepala mempunyai lapisan minyak yang sihat, namun kesilapan terlebih mencucinya akan menipiskan lapisan minyak tersebut dan dan ianya boleh menyebabkan rambut gugur. Namun jika tidak dicuci dengan kekerapan yang betul lebihan minyak akan berkumpul di bahagian folikel dan menyebabkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik. Membasuh rambut mengikut keperluan adalah kaedah yang berkesan untuk memastikan kita tidak terlebih atau terkurang basuh ianya bergantung kepada aktiviti harian masing-masing.

 

Perubahan hormon

Lelaki atau wanita tidak akan terlepas daripada masalah hormon, namun wanita lebih cenderung dalam permasalahan ini. hormon DHT(dihydrotestosterone) adalah hormon yang dihasilkan daripada lelaki. Namun hormon ini boleh menyebabkan keguguran rambut dalam jangka masa yang tertentu. Hormon ini bertanggungjawab memberikan seorang yang berjantina lelaki mempunyai watak kelakian seperti suara yang garau dan meningkatkan jisim otot. Namun hormon yang berlebihan ini akan mencipta corak rambut gugur yang kebiasaanya bermula daripada bahagian tengah rambut dan mula meluas ke kawan sekitar, lelaki yang berumur 50-an dan ke atas akan lebih cenderung terhadap masalah ini apabila usia semakin meningkat.

 

Bagi wanita, perubahan hormon seringkali terjadi ketika selepas fasa kehamilan atau ketika mengambil pil hormon seperti pil perancang. Apabila seorang wanita sedang mengalami selepas kehamilan, hormon estrogen akan berkurang menyebabkan rambut gugur. Hormon estrogen banyak dihasilkan ketika dalam fas kehamilan, namun ketika fasa kelahiran, kuantiti estrogen akan berkurangan secara mendadak menyebabkan seseorang wanita keguguran rambut yang teruk selepas bersalin. Namun, folikel rambut akan kembali kuat selepas 3 bulan dari tempoh kelahiran. Walaupun tiada kajian yang kukuh membuktikan pengambilan pil hormon menyebabkan keguguran rambut tetapi mengambil langkah yang berjaga-jaga merupakan perkara yang paling selamat untuk mengelakkan daripada masalah keguguran rambut.

 

Dandanan rambut

 

Rambut sering digayakan dengan pelbagai stail setiap hari, mungkin dari cara mengikatnya, meluruskan dan mengerintingkan dengan menggunakan haba. Ikatan rambut yang salah boleh memainkan peranan yang penting dalam mengawal kuantiti rambut yang akan gugur, meski ianya kedengaran remeh tetapi ia adalah fakta yang penting. Mengikat rambut yang terlalu ketat akan menyebabkan tekanan di akar rambut yang dipanggil sebagai kesakitan alopecia yang boleh membuatkan cengkaman rambut di folikel menjadi lemah dan rambut gugur dengan mudah. Terlalu kerap mendandan rambut dengan haba juga boleh menyebabkan rambut mudah rapuh dan putus. Haba yang panas memberikan efek yang kurang elok untuk kesihatan rambut anda. Kurang haba bermaksud kurang rambut gugur.

 

 

Apa yang pasti, aspek penjagaan rambut adalah penting untuk mengelakkan masalah rambut gugur yang berlebihan. Pengamalan herba tradisional seperti minyak kelapa dara terbukti dapat membantu wanita yang runsing tentang keguguran rambut. Sekiranya anda sedang mengalami masalah rambut gugur, kami sedia membantu. Hubungi kami sekarang untuk sesi penerangan lanjut tentang produk merawat keguguran rambut kami.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*