kelemumur

Kelemumur, Nyah Kau Daripada Rambutku!

Salah satu masalah rambut yang sering menjadi perbualan ramai. Di sini kami kongsikan beberapa fakta mengenai kelemumur.

Adakah anda mengalami kulit kepala yang gatal-gatal?

Terdapat serpihan seakan habuk berwarna putih di bahu dan kulit kepala?

Anda mungkin mengalami masalah rambut berkelemumur. Keadaan ini tidak menyenangkan dan membuatkan anda kurang selesa.

Ia juga boleh menyebabkan masalah sosial dan kurang keyakinan diri ketika berinteraksi dengan orang lain.

Untuk mengatasi masalah kelemumur ini, anda perlu tahu beberapa fakta mengenai kelemumur. Informasi ini telah diolah dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Apa itu kelemumur?

 

Kelemumur merupakan sel kulit kepala yang mati dan kering, lalu mengelupas secara berlebihan. Setiap 28 hari, lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui.

Namun begitu, kulit kepala yang berkelemumur akan tumbuh lebih cepat. Ia diperbaharui setiap 11 hari.

Ia boleh dikategorikan sebagai sejenis penyakit kulit. Terdapat beberapa tanda atau simptom rambut berkelemumur. Antaranya seperti:

 

kelemumur bahu

 

  • Kulit kepala gatal dan menggelupas
  • Terdapat serpihan kulit kepala berwarna putih pada rambut, bahu dan/atau pakaian

 

Punca kelemumur

 

Masalah rambut berkelemumur boleh disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya:

 

  1. Pertumbuhan kulat seperti yis di kulit kepala

Kulat atau fungus boleh berlaku pada rambut yang lembab, lalu menyebabkan kelemumur dan kegatalan.

 

  1. Jarang mencuci rambut

Rambut jarang dicuci atau tidak dibilas dengan sempurna. Dengan itu, kotoran dan habuk melekat di kulit kepala.

 

  1. Penggunaan produk rambut yang terlalu kerap

Jika produk rambut digunakan terlalu kerap, rambut akan jadi rapuh. Kulit kepala juga menjadi kering. Ia juga boleh berlaku jika menggunakan produk rambut yang salah.

 

  1. Penghasilan minyak di kulit kepala yang berlebihan

Minyak di kulit kepala yang keluar secara berlebihan menyebabkan kotoran melekat.

 

  1. Perubahan hormon dan stress

Masalah ini sering muncul ketika akil baligh di mana perubahan hormon berlaku. Stress yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan rambut berkelemumur.

 

Cara menghilangkan kelemumur

 

Masalah rambut berkelemumur boleh dirawat dan hilangkan dengan beberapa cara.

  1. Memilih dan menggunakan produk rambut yang betul

Gunakan syampu anti kelemumur. Ia berfungsi untuk mengurangkan kulat dan menghapuskan kelemumur. Selain itu, terdapat bahan yang boleh membantu memperlahankan pertumbuhan sel kulit kepala.

Dengan itu, dapat mengurangkan serpihan kelemumur yang gugur.

 

  1. Menggunakan bahan semulajadi

Terdapat banyak bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati. Sebagai contoh adalah lemon, limau nipis dan cuka. Ia boleh membersihkan kulit kepala dari kotoran dan minyak berlebihan.

 

lemon

 

Garam juga boleh digunakan sebagai hair mask semulajadi. Ini kerana ia merupakan bahan yang bersifat antiseptik dan boleh mengurangkan kulat.

 

Mencegah kelemumur

 

Cuci rambut sekerap mungkin, sebaiknya selang sehari. Ia bagi memastikan kulit kepala sentiasa bersih dan tiada kotoran terkumpul pada permukaan kulit kepala.

Pastikan rambut anda kering secara semulajadi. Elakkan dari menggunakan hair dryer dengan kerap. Sekali sekala, lepaskan rambut anda dan biarkan ia bernafas.

Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut atau produk secara berlebihan. Ini termasuk penyembur rambut, gel dan mousse rambut.

 

Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical

 

minyak kelapa dara

 

Minyak kelapa dara merupakan bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat. Ia boleh merawat dan melembutkan kulit.

Ia juga boleh membantu untuk menghilangkan kelemumur dan melebatkan rambut.

Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical merupakan produk yang diproses secara semulajadi tanpa haba dan bahan kimia lain. Ia boleh membantu anda menghilangkan masalah rambut tanpa was-was.

Caranya mudah, hanya sapukan Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical ke seluruh kulit kepala. Kemudian, urut dengan perlahan agar mudah meresap.

Kini, anda sudah tahu fakta mengenai kelemumur serta cara merawat masalah ini. Selamat beramal!

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *