MASALAH BERUBAN PADA USIA MUDA

“Rambut beruban, umur berapa?”

“Umur belum pun mencecah 40-an tapi dah banyak uban eeee stressnya!!”

Persoalannya, kenapa ia boleh berlaku dalam kalangan generasi muda kerana kebiasaannya uban hanya tumbuh bila kita sudah menjangkau usia tua??

Rambut beruban terjadi apabila sel pigmen pada folikel rambut mulai berkurangan dan hilang. Akibatnya, helaian rambut tidak akan mendapat melanin yang mencukupi seterusnya akan kelihatan berwarna cerah seperti warna kelabu atau putih.

Untuk pengetahuan semua, melanin ialah sejenis protein yang membuatkan kulit dan rambut menjadi warna semulajadi.

Bagi golongan yang mengalami rambut beruban sebelum menjangkau usia lewat 30-an, anda pasti akan tertanya-tanya apakah puncanya?? Jom kita lihat apa punca masalah ini terjadi

Antara punca masalah rambut beruban pada usia muda adalah :

1) Merokok

Menurut kajian, kajian mendapati bahawa perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut cepat beruban. Hal ini kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.

2) Keturunan

Keturunan adalah punca utaman terjadinya masalah uban ketika usia muda. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, kebarangkalian anak-anak untuk memiliki rambut beruban juga tinggi.

3) Kekurangan Vitamin B

Vitamin B adalah sumber penting dalam kesihatan rambut manusia. Kekurangan vitamin B dalam tubuh badan boleh menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut yang boleh menyebabkan rambut cepat beruban.

4) Stress

Stress atau tekanan perasaan boleh menyebabkan uban tumbuh. Terlampau berfikir juga salah satu penyebab stress dan akan cenderung kepada pertumbuhan uban yang banyak. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekaligus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan risau kerana keadaan boleh kembali seperti sedia kala apabila tahap stress dapat dikawal dengan baik.

5) Pewarna rambut dan syampu yang tidak sesuai

Kebanyakan pewarna rambut dan syampu mengandungi bahan kimia yang banyak. Ada juga produk pewarna rambut dan syampu di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesihatan rambut. Malah, bahan kimia pada pewarna rambut boleh merosakkan sel melanin.

“Macam mana nak mengatasi masalah ni?? Tak tahan dah, dah la malu, kepala rasa gatal yang teramat sangat pulak tu!”

Cara untuk mengatasi masalah rambut beruban di usia muda :

1) Elakkan tekanan dan stress

Sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Jadi jangan terlalu bimbang sehingga boleh menyebabkan kepala serabut dan stress. Ianya tidak elok untuk kesihatan luaran dan juga dalaman.

2) Kulit limau nipis

Menjaga kebersihan kulit kepala dengan menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut. Hal ini supaya rambut dan kulit kepala lebih sihat.

Gosok kulit kepala dengan limau nipis agar rambut kekal bersih, harum dan wangi.

3) Biji betik

Anda boleh cuba menggunakan biji betik untuk mengatasi masalah ini. Caranya adalah :

  • Bersihkan biji betik
  • Rendam seketika di dalam air
  • Biarkan ia kering kemudian sangai
  • Tumbuk sehingga halus dan campurkan ke dalam minyak kelapa
  • Sapu pada rambut dan biarkan selama lebih kurang 2 jam
  • Bilas dengan air bersih

4) Yogurt pahit

Selain itu, yogurt pahit juga dapat membuat rambut kelihatan hitam dan berkilat. Caranya adalah :

  • Campurkan lada hitam ke dalam yogurt kosong
  • Lumur ke kulit kepala serta rambut
  • Biarkan selama sejam
  • Bilas dengan air bersih

5) Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical

Pasti ramai yang tak tahu bahawa Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical mengandungi bermacam macam manfaat dan kebaikan dalam hanya satu produk. Sebagai contoh, ia adalah bagus untuk digunakan sebagai rawatan untuk semua jenis masalah rambut termasuklah masalah rambut berbuah. Hal ini kerana Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical bersifat semulajadi dan dijamin 100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia. Ianya dihasilkan daripada kelapa dara yang berkualiti tinggi.

Cara penggunaan Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical :

  1. Picitkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical pada tangan, kemudian sapu pada kulit kepala sampai rata

2. Sapukan juga pada bahagian rambut yang bermasalah

3. Sesuai digunakan dalam keadaan rambut yang kering ataupun basah

4. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja

Tips: Penggunaan secara berterusan dan konsisten lebih memberi manfaat sekaligus dapat merawat masalah ini.

Anda boleh mendapatkan Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical ini di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun dengan cara direct order di no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*