MASALAH RAMBUT BERBUAH

“Kenapa rambut kering dan ada biji-biji ni?? Kelemumur ke?”

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini?

Situasi di atas bukan lah masalah ada kutu atau kelemumur, tetapi didefinisikan sebagai rambut berbuah. Rambut berbuah ini sering dikaitkan dengan wanita yang bertudung.

Apakah yang dimaksudkan dengan rambut berbuah?

Rambut berbuah adalag suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan. Kebanyakan rambut berbuah yang berlaku ini adalah disebabkan oleh bakteria yang tumbuh dan melekat pada rambut.

“Bakteria?? Gelinya!!”

Seperti yang dinyatakan di atas, majoriti orang yang sering berhadapan dengan masalah ini adalah wanita bertudung. Tidak bermakna jika rambut yang berselindung di sebalik tudung tidak perlu penjagaan yang rapi. Wanita yang bertudung lah yang perlu menjaga rambut kerana seharian rambut dibaluti tudung.

Selain daripada wanita bertudung yang menghadapi masalah ini, ada juga beberapa factor lain yang boleh menyebabkan masalah rambut berbuah ini terjadi. Antaranya adalah:

  • Tidak mengeringkan rambut dengan betul

Sesetengah orang setelah membasuh rambut, mereka tidak mengeringkan rambut dengan betul. Ada dalam kalangan mereka yang terus mengikat rambut dalam keadaan rambut masih basah. Hal ini tidak digalakkan kerana rambut memerlukan pengeringan yang betul supaya rambut tidak rosak seperti rambut jadi berbuah.

  • Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut.

Penggunaan pengering rambut dengan haba yang terlalu tinggi juga boleh merosakkan rambut. Keadaan ini akan menyebabkan rambut menjadi terlampau kering dan jika sering digunakan, rambut akan rosak. Potensi untuk rambut berbuah juga tinggi.

  • Kurang tidur

Kekurangan tidur akan menyebabkan badan seseorang menjadi letih. Apabila letih, hormon juga akan mengikut keadaan badan semasa dengan aturan tidur tidak betul. Apabila hormon berubah, ia akan memberi impak kepada bertumbuhan rambut, kebiasaannya rambut akan mula gugur. Selain itu, masalah boleh menjadi lagi serius apabila rambut menjadi semakin rosak dengan pertumbuhan buah hitam pada rambut.

  • Penggunaan produk rambut yang berlebihan

Kebiasaanya rambut berbuah terjadi kerana penggunaan produk rambut yang berlebihan seperti syampu atau perapi rambut. Hal ini boleh terjadi kerana ia sesetengah produk mengandungi lebihan minyak. Justeru itu, pemilihan syampu yang khusus untuk masalah ini amat penting bagi penjagaan yang rapi.

  • Masalah bakteria

Untuk pengetahuan semua, rambut yang diperam boleh menghasilkan bakteria yang menyebabkan rambut rosak dan berbau busuk? Masalah ini terjadi kepada mereka yang kerap memakai helmet, tudung atau topi. Peluh yang berkumpul memerangkap bakteria dan boleh menyebabkan pelbagai masalah rambut lain.

Jadi, macam mana nak mencegah masalah rambut berbuah ni??

Jom baca beberapa tips untuk mencegah rambut berbuah!

  • Biarkan rambut lepas

Setelah seharian dikepam dan diikat di dalam hijab, rambut juga perlukan rehat. Biarkan rambut lepas adalah salah satu cara untuk rambut berehat dan merawat rambut untuk kekal sihat.

  • Gunakan syampu dan perapi rambut yang sesuai

Pastikan anda menggunakan produk yang bersesuain dengan keadaan kulit kepala dan rambut anda. Cari syampu yang ringan dan kurang bahan yang memberatkan seperti paraben, sulfat, dan silicon yang meninggalkan sisa pada rambut.

  • Gunakan Jus Lemon

Jus lemon mempunyai nilai pH. Ia boleh merawat rambut yang ada masalah rambut berbuah. Caranya ialah campurkan dengan air sebelum digunakan. Keasidan jus lemon membantu menyingkirkan kelemumur dan sisa produk, membersihkan kulit kepala seperti syampu. Biarkan campuran tersebut di kulit kepala selama 10 minit, sikat dan bilas setelah selesai.

  • Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical

Pasti ramai yang tak tahu bahawa Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical mengandungi bermacam macam manfaat dan kebaikan dalam hanya satu produk. Sebagai contoh, ia adalah bagus untuk digunakan sebagai rawatan untuk semua jenis masalah rambut termasuklah masalah rambut berbuah. Hal ini kerana Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical bersifat semulajadi dan dijamin 100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia. Ianya dihasilkan daripada kelapa dara yang berkualiti tinggi.

Cara penggunaan Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical :

1. Picitkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical pada tangan, kemudian sapu pada kulit kepala sampai rata

2. Sapukan juga pada bahagian rambut yang bermasalah

3. Sesuai digunakan dalam keadaan rambut yang kering ataupun basah

4. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja

Tips: Penggunaan secara berterusan dan konsisten lebih memberi manfaat sekaligus dapat merawat masalah ini.

Macam mana nak dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio-Troical ini?

Anda boleh mendapatkannya di website https://biotropicalcares.com/produk/

Atau boleh direct irder di ni wasap.my/60108467741

Semoga bermanfaat!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*