MASALAH RAMBUT RAPUH

" Bila lah boleh dapat rambut secantik Model Syampu dalam TV tu ! "

Rambut adalah mahkota kita sebagai seorang wanita. Setiap wanita pastinya mengimpikan rambut yang panjang, lebat,kuat dan sihat. Ye lah, teringin juga kan rambut macam model dalam iklan syampu tu.. Cantik Sangat-sangat !!

Tapi tu lah, macam-macam masalah yang boleh terjadi pada rambut.

Antaranya ialah :

• Rambut gugur

• Masalah kelimumur/ gatal/ menggelupas

• Rambut kering/rapuh/ bersisik/ patah/ kusut

• Botak/ gugur secara bertompok

• Rambut buah

• Bercabang dan berminyak

• Beruban pada usia muda

• Rambut berbau

• Masalah kutu

Tapi, untuk tips kali ni, kita focus pada Rambut Kering dan Rapuh dulu.

Okay, first jom kenali apa itu RAMBUT KERING DAN RAPUH.

Masalah rambut kering adalah disebabkan pemilihan syampu yang salah atau kekurangan nutrisi pada rambut. Kurangnya nutrisi pada rambut akan membuat rambut cenderung untuk menjadi kering, rapuh dan bercabang sehingga rambut menjadi sangat mudah patah.

Rambut yang mudah patah jika tidak segera diatasi maka akan menyebabkan mudah gugur bahkan jika terus dibiarkan ini boleh menyebabkan ancaman kebotakan pada rambut. Tanda-tanda kerapuhan rambut yang sering terlihat adalah hujung rambut bercabang, kusut yang berlebihan, rambut kusam, dan lebih kasar daripada rambut normal.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut kering.

Antaranya:

• Memakai " Hair Dryer"

Hair Dryer tentunya amat membantu seseorang wanita itu utnutk bersiap dengan lebih cepat, terutamanya untuk wanita yang berkerja. Namun begitu, haba yang terhasil daripda Hair Dryer tersebut akan menyebabkan rambut anda kering. Jika anda harus mengunakannya, Keringkan sedikit rambut anda dahulu menggunakan tuala. Kemudian, jarakkan Hair Dyer tersebut sekitar 20 cm daripada rambut, dan gunakannya dalam suhu rendah hingga sedang sahaja. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan "Hair Dryer" , Pengerinting Rambut, dan Pelurus Rambut.

• Kekurangan kelembapan dan minyak di kulit kepala

Pada kulit kepala terdapat minyak untuk mengekalkan kelembaban pada rambut. Minyak ini akan melembabkan rambut dari akar ke ujung rambut. Minyak ini membekalkan nutrisi kepada rambut bergantung kepada jenis rambut masing – masing. Selain itu, cuaca dan aktiviti seharian anda juga boleh mempengaruhi hilangnya kelembaban pada kulit kepala.

• Sering menggunakan pewarna rambut.

Bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut membuat rambut menjadi kering. Sebelum melakukan proses mewarna rambut, langkah awal yang akan dilakukan adalah bleaching, yaitu menghilangkan pigmen atau warna rambut asli, kemudian rambut akan diberikan krim yg mengandungi bahan kimia yang kuat dan mampu menyerap kandungan lemak alami dalam rambut yang akan membuat rambut menjadi kering.

• Mandi Kolam Renang

Kamu pasti sering mengalami rambut yang jadi kusut dan kering setelah berenang, bukan? Hal ini disebabkan air kolam tersebut mengandungi klorin dan juga terdedah kepada sinar matahari. Klorin digunakan untuk menjernihkan air kolam. Klorin dapat menyebabkan gatal di kulit kepala sehingga mengelupas dan membuat rambut anda patah.

• Rambut kerap terdedah pada matahari

Matahari pagi sangat bagus bagi pertumbuhan tulang manusia kerana kandungan vitamin D-nya. Panas matahari, khususnya di atas jam 9 pagi akan membuat rambut terlihat kering dan kusam, maka ada baiknya untuk menggunakan penutup kepala setiap kali anda melakukan aktiviti di luar.

Cara Merawat Rambut Kering dan Patah.

Rambut yang rosak dan mudah patah tidaklah disaran untuk dirawat menggunakan bahan kimia. Maka lebih baik merawatnya menggunakan cara semula jadi. Berikut merupakan bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat rambut yang patah.

• Memotong bahagian hujung rambut setiap 2 bulan sekali.

• Tidak menyisir rambut ketika basah.

• Kurangkan pengunaan "Hair Dryer"

• Menghindari rambut terpapar matahari secara langsung dalam waktu yang lama.

• Betik

Betik sangat bagus untuk rambut. Buah betik jika dicampur dengan yogurt boleh menjadi cara terbaik untuk mengatasi rambut patah. Cara mengunakannya, campurkan betik dan yogurt tawar, gaul sehingga sebati. Lalu sapukan ke kulit kepala dan rambut, biarkan dalam setengah jam. Kemudian cuci rambut sampai bersih sepenuhnya.

• Bawang

Kaya dengan kandungan sulfur, bawang boleh digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut. Gosokkan bawang yang telah dikupas dan dipotong ke kulit kepala, biarkan beberapa saat lalu keramas rambut sampai bersih.

• Madu

Begitu banyak manfaat alami madu bagi rambut. Salah satunya manfaat madu untuk rambut adalah untuk mengatasi rambut yang bercabang dan patah.

Cara memakainya :

1. Sapukan madu mulai dari akar rambut sampai ke ujung rambut

2. Biarkan sehingga terasa agak kering, lalu cuci sampai bersih

Namun begitu, sekiranya anda tiada masa untuk melakukan amalan tradisional seperti ini di rumah, usah bimbang. Anda juga masih boleh dapatkan rambut yang lebat dan kuat dengan menggunakan produk Minyak Kelapa Dara Bio Tropical.

Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

Minyak Kelapa Dara Bio Tropical sangat terkenal dengan 1001 kebaikan dalam hanya 1 produk. Selain boleh merawat Rambut Patah . Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ini juga mempu untuk mencegah rambut gugur, menghitamkan rambut, menguatkan rambut, melambatkan Uban dan merancakkan pertumbuhan rambut.

Ianya bersifat natural 100% asli dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Cara Menggunakannya :

1. Picitkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical pada tangan,kemudian sapu pada kulit kepala sampai rata

2. Sapukan juga pada bahagian rambut yang bermasalah

3. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja

4. Sesuai digunakan dalam keadaan rambut yang kering ataupun basah

Tips : Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun dengan cara direct order di no wasap.my/60108467741

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*