MENGANDUNG LUAR RAHIM

Kehamilan luar rahim atau ektopik adalah kehamilan tumbuh di luar rahim anda, biasanya di dalam tiub fallopian anda. Kehamilan luar rahim adalah jarang berlaku tetapi ia adalah benda yang serius, dan mereka yang mengalaminya perlu dirawat dengan segera.

Apakah kehamilan luar rahim?

Kehamilan yang normal akan berkembang di dalam rahim anda, selepas telur disenyawakan bergerak melalui tiub fallopian anda dan melekat pada lapisan rahim anda. Kehamilan luar rahim terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat di tempat lain di dalam badan anda, biasanya ia akan berada dalam tiub fallopian anda – itulah sebabnya ia kadang-kadang dipanggil “kehamilan tiub.”

Kehamilan luar rahim juga boleh terjadi pada ovari anda, atau di tempat lain di perut anda.

Kehamilan luar rahim jarang terjadi – ia berlaku pada kira-kira 2 daripada setiap 100 kehamilan. Tetapi ia sangat berbahaya jika tidak dirawat dengan kadar segera. Tiub fallopian boleh pecah jika tiub tersebut semakin membesar kerana usia kandungan kita yang semakin meningkat. Ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, jangkitan, dan dalam beberapa kes menyebabkan kematian.

Adakah saya berisiko untuk kehamilan luar rahim?

Kami tidak mengetahui punca kehamilan luar rahim. Tetapi anda mungkin lebih cenderung mempunyai kehamilan luar rahim jika anda:

  • Mempunyai STD, penyakit peradangan panggul atau endometriosis
  • Pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini
  • Telah menjalani pembedahan pelvik atau pembedahan di perut
  • Berusia 35 tahun ke atas
  • Kerap menghidu asap rokok

Jika anda hamil selepas anda telah disahkan atau semasa anda mempunyai IUD, ia lebih cenderung berlakunya kehamilan luar rahim. Tetapi ini sangat jarang berlaku, kerana jenis kawalan kelahiran ini sangat berkesan untuk mencegah kehamilan.

Bolehkah saya hamil lagi selepas pernah mengalami kehamilan luar rahim? 

Kebanyakan orang yang mempunyai kehamilan luar rahim boleh mempunyai kehamilan yang sihat pada masa akan datang tetapi bergantung kepada rawatan yang anda lakukan dan keadaan tiub fallopian anda. Sekiranya salah satu daripada tiub fallopian anda dikeluarkan atau tiub anda mengalami parut, mungkin lebih sukar untuk hamil. Jika anda mempunyai kehamilan luar rahim, anda mungkin akan mengalami masalah kandungan luar rahim lagi pada masa akan datang.

 

Adakah saya mempunyai kehamilan luar rahim?

Pemeriksaan oleh doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti jika anda mempunyai kehamilan luar rahim. Doktor atau jururawat anda boleh melakukan ujian pelvik, ujian darah, atau ultrasound untuk mengetahui.

Semakin cepat anda dirawat untuk kehamilan luar rahim ia adalah lebih baik. Oleh itu, jika anda fikir anda mempunyai kehamilan luar rahim, atau jika anda mengalami sakit perut (terutamanya di satu tempat) atau pendarahan faraj yang tidak normal sila berhubung dengan doktar untuk pemeriksaan susulan.

Apakah gejala kehamilan luar rahim?

 Kehamilan luar rahim sama seperti kehamilan normal pada mulanya, ia sama seperti gejala kehamilan yang biasa dialami oleh perempuan mengandung seperti kelembutan payudara, keletihan, dan loya. Gejala kehamilan luar rahim termasuk juga seperti:

  • Sakit perut yang teruk, terutamanya di satu tempat sahaja
  • Pendarahan faraj atau spotting
  • Sakit pada bahagian bahu
  • Merasa sangat lemah, pening, atau pengsan

Sekiranya anda mengalami sakit atau pendarahan yang teruk, sila mendapatkan rawatan dengan segera. Sekiranya anda mempunyai sebarang gejala kehamilan luar rahim yang lain, berhubung dengan doktar dengan kadar segera.

Apakah rawatan untuk kehamilan luar rahim? 

Kehamilan tidak akan bertahan jika ia berada diluar rahim, kerana telur yang disenyawakan tidak dapat tumbuh sepenuhnya di luar rahim anda.

Cara rawatan kehamilan luar rahim anda adalah dengan ubat atau pembedahan:

  • Anda akan mendapat suntikan ubat yang dipanggil methotrexate yang menamatkan kehamilan luar rahim anda. Ia menghentikan sel telur yang disenyawakan dari tumbuh, dan badan anda menyerap mana-mana sel yang telah berkembang. Ini tidak boleh merosakkan tiub fallopian sama sekali.
  • Kehamilan dikeluarkan dengan prosedur pembedahan menggunakan laparoskopi. Doktor akan membuat potongan kecil berhampiran butang perut anda, dan membuang kehamilan menggunakan alat pembedahan dan kamera kecil untuk melihat di dalam badan anda. Ini adalah rawatan yang paling biasa untuk kehamilan luar rahim. Kadang-kadang, prosedur ini menyebabkan parut dalam tiub fallopian anda, atau sekeping tiub fallopian perlu dikeluarkan.

Doktor akan menerangkan pada anda mengenai rawatan yang terbaik untuk anda.

16 khasiat Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

  • Memberi sumber tenaga yang cepat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi
  • Menguatkan sistem ketahanan / imun tubuh
  • Mengurangkan ketegangan urat (gaut) & stroke
  • Memudahkan proses ibu bersalin
  • Menyembuhkan tisu & kulit yang cedera & luka
  • Membantu menjaga kulit agar tetap lembut & halus
  • Membantu melambatkan proses penuaan & kedutan kulit
  • Berfungsi sebagai antioksidan
  • Mengurangkan risiko diserang antheroclerosis & sakit jantung
  • Menstabilkan paras kolestrol & kadar gula dalam darah
  • Mencegah terjadikan pembekuan darah
  • Menguatkan gigi
  • Meningkatkan kesihatan thyroid
  • Meningkatkan kemesraan hubungan suami isteri

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *