9 PEMAKANAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

9 Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil

  1. Daging Tanpa Lemak
  2. Kekacang & Bijian
  3. Minyak Kelapa Dara
  4. Sayuran Berdaun Hijau
  5. Buah-Buahan Beraneka Warna
  6. Kurma
  7. Susu / Makanan Berkalsium Tinggi
  8. Air Kosong
  9. Makanan Laut
  1. DAGING TANPA LEMAK

Daging adalah sumber protein yang berkualiti tinggi. Seeloknya, carilah daging tanpa lemak.

Jangan terlalu banyak makan daging berproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik. Bahkan, ada risiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.

  1. KEKACANG & BIJIAN

Kalau sering mengantuk ketika di pejabat atau pada waktu siang, elakkan mengambil kudapan yang tak berkhasiat. Sebaliknya, bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, kacang badam, almond, pistachio, walnut, dan badam. Seeloknya, cari kekacang daripada sumber yang asli dan tidak bergaram / berperisa.

Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan lebih efisyen seperti folat, kalsium, serat, dan besi. Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping dipercayai membantu menangani stres ketika hamil.

  1. MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara sekarang makin dikenali ramai terutama oleh ibu2 mengandung. Minyak Kelapa Dara bukan sahaja boleh digunakan oleh ibu mengandung, tetapi juga boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Antara kelebihan pada awal kehamilan adalah :

  • Mengurangkan masalah mual dan loya
  • Membekalkan keperluan tenaga harian
  • Meningkatkan kadar metabolisma bagi menaikkan selera makan
  • Mencantikkan kulit bayi sejak dari dalam kandungan ibu

Antara jenama Minyak Kelapa Dara terbaik adalah Bio-Tropical. Ini kerana Minyak Kelapa Dara Bio Tropical tanpa menggunakan sebarang proses pemanasan dan diyakini 100% asli.

Baca : Kebaikan Minyak Kelapa Dara untuk Ibu Mengandung

  1. SAYURAN BERDAUN HIJAU.

Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan, terutama sayuran yang berwarna hijau tua.

Bayam terutamanya sarat dengan vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C, dan K, serta folat yang sangat penting. Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan anda agar semua toksin dapat disingkirkan dari badan.

  1. BUAH-BUAHAN BERANEKA WARNA

Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna buah-buahan seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu, putih. Ia memastikan bahawa anda dan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral, dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh masing-masing.

Tidak perlu risau tentang kiraan kalori kerana buah-buahan adalah diet yang sihat. Di samping itu, ia amat sesuai dijadikan snek semasa mengantuk di siang hari!

  1. KURMA

Kurma adalah salah satu makanan sunnah yan

g telah terbukti secara saintifik untuk memberi tenaga kepada ibu hamil. Maka, sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada bulan Ramadhan. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah serta merawati sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot, atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung.

  1. SUSU / MAKANAN BERKALSIUM TINGGI

Susu amat sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh anda boleh berasa letih, tidak sihat, dan berisiko anemia. Namun, tidak semua boleh menelan susu sepanjang kehamilan.

Maka, anda boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan yogurt. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu!

  1. AIR KOSONG

Tahukah anda, walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan seluruh sistem tubuh badan. malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering melanda ketika hamil.

Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari. Jadi, jangan malas minum air ya!

  1. MAKANAN LAUT

Makanan laut seperti Udang, Ikan dan Kerang sangat bagus untuk ibu hamil. Udang mempunyai zat besi & protein yang tinggi, tetapi perlulah diambil dengan kuantiti yang minima sahaja. Ikan pula sangat tinggi kandungan asid lemak Omega 3 & zat besi.

Okay, itu sahaja 9 Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil buat kali ni !  

Semoga bermanfaat 🙂

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked*