BIO TROPICAL

POLISI HARGA

Harga yang dipaparkan di Laman ini adalah menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM). Semua harga dan tawaran adalah tetap dan berlaku seperti yang diiklankan dari semasa ke semasa.

Harga produk ditetapkan pada awal bulan bagi setiap bulan dengan menggunakan kadar pertukaran mata wang yang sedia ada. Harga ini adalah tertakluk kepada perubahan, jika ada perubahan kadar pertukaran mata wang yang berkenaan sebelum pesanan anda diterima, maka harga tersebut akan bertukar mengikut harga semasa yang ditetapkan. Begitu juga dengan barang-barang yang tertakluk kepada markdowns, pada bila-bila masa dalam tempoh jualan harga tersebut boleh berubah.

Pelanggan dari luar negara iaitu selain daripada Malaysia yang membuat pembelian akan dikenakan duti import yang berkaitan berserta cukai. Kos ini adalah DIBAYAR SEPENUHNYA OLEH PEMBELI. Duti import atau kos cukai akan dikenakan bayaran kepada anda secara langsung daripada ejen kurier. Kami mengesyorkan anda menghubungi pihak berkuasa kastam tempatan anda terlebih dahulu bagi tujuan menentukan harga kos mendarat sebelum membuat pembelian daripada kami.

Jika anda seorang pelanggan yang mempunyai kad kredit / debit yang tidak dinyatakan dalam Ringgit Malaysia, harga akhir akan dikira mengikut kadar pertukaran yang digunapakai pada hari pengeluar kad anda memproses urusniaga.

 

PENERIMAAN PESANAN ANDA

Sebaik sahaja anda membuat pilihan dan pesanan, anda akan menerima e-mel yang menyatakan pengakuan butiran pesanan anda. E-mel ini BUKAN penerimaan pesanan anda, ia hanya lah pengesahan bahawa kami telah menerimanya.

Jika pesanan yang telah dibuat dibatalkan, penerimaan pesanan dan penyiapan kontrak antara anda dan Bio-Tropical akan selesai apabila kami e-mel kepada anda bagi membuat pengesahan bahawa barang itu telah dihantar. Kontrak jualan ini adalah dalam Bahasa Melayu.

Kami juga boleh membuat pembatalan transaksi bagi apa-apa sebab atau menolak perkhidmatan kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga jika anda menarik balik apa-apa barangan dari laman web ini sama ada barang yang telah dijual, dikeluarkan, diperiksa atau disunting dari mana-mana bahan atau kandungan di Laman ini, pihak kami tidak akan melayan dan memproses transaksi selepas proses telah bermula.

 

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat menggunakan Visa, Visa Electron, Visa Debit, Visa Delta, MasterCard, American Express, kad debit Maestro, dan apa-apa kaedah lain, sepertimana yang diiklankan di Laman ini dari semasa ke semasa. Bayaran akan didebitkan dan dibersihkan daripada akaun anda melalui penghantaran pesanan anda dengan Bio-Tropical. Anda mengesahkan bahawa kad kredit / debit yang digunakan adalah milik anda. Semua pemegang kad kredit / debit adalah tertakluk kepada semakan pengesahan dan kebenaran oleh pengeluar kad. Jika penerbit kad pembayaran anda enggan membenarkan pembayaran untuk Bio-Tropical, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau tiada penghantaran.

Kami mengambil langkah yang betul bagi memastikan laman kami selamat digunapakai untuk proses pembelian. Semua urusniaga kad kredit / debit di laman web ini adalah diproses menggunakan Ipay88 (senangpay), proses pembayaran dalam talian dijamin selamat, segala maklumat kad anda adalah sulit. Jika anda seorang pengguna Bio-Tropical yang berdaftar, pihak kami akan menyimpan maklumat kad kredit / debit anda pada sistem kami. Butiran ini akan disulitkan sepenuhnya dan hanya digunakan untuk proses transaksi kad anda sahaja. Proses ini adalah untuk membantu memastikan bahawa proses pembelian anda lebih mudah dan selamat.

Tambahan pula, kami mengambil langkah yang betul dan selamat dalam menyimpan butiran pesanan dan pembayaran anda. Sebarang butiran peribadi anda adalah sulit. Tetapi jika kecuaian bukan datang dari pihak kami, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang anda hadapi daripada pihak ketiga yang mempunyai akses yang tidak dibenarkan kepada mana-mana data yang anda berikan semasa mengakses atau membuat pesanan dari laman web ini.

 

 

POLISI PENGHANTARAN

Kurier Penghantaran

Penghantaran akan dibuat menggunakan POS LAJU Malaysia. Semua penghantaran akan dibekalkan dengan kod pengesanan (Tracking Number) untuk mengesan penghantaran anda.

Nombor Tracking Penghantaran

Nombor tracking penghantaran akan dihantar di email atau nombor telefon anda sebaik sahaja ia disediakan. Kebiasaannya nombor tracking dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas pengesahan pembayaran. Sila ambil perhatian bahawa ia mungkin mengambil masa sehingga 24 jam sebelum kod tracking muncul dalam sistem pengesanan Pos Laju.

Tracking Parcel anda

Anda boleh menggunakan kod pengesanan disediakan dan memasukkan ke dalam pautan berikut untuk mengesan penghantaran anda: Poslaju

Tanggungjawab Penerima

Ia adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mengatur penerima untuk penghantaran. Kami hanya memastikan bahawa kami menghantar ke alamat yang betul yang dibekalkan kepada kami semasa proses checkout. Anda adalah dinasihatkan untuk menyatakan dengan jelas jika alamat yang diberikan adalah alamat tempat kerja berserta jawatan sebagai menerima atau alamat yang dibeikan adalah alamat kediaman lengkap.

Sila pastikan alamat penghantaran yang diberikan adalah betul dan tepat kerana kami tidak akan bertanggungjawab jika maklumat yang diberikan salah dan tidak tepat.

Penghantaran Nationwide di Malaysia

Kami membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia adalah RM10.00 untuk 500 gram pertama, manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah RM15.00 untuk 500 gram pertama. Caj penghantaran adalah dibuat berdasarkan berat (atau kuantiti pesanan) dan secara automatik akan dikira semasa proses pembayaran.

Jangka Masa Penghantaran

Setelah pengesahan pembayaran, penghantaran kebiasaannya akan mengambil masa selama 5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia. Penghantaran bagi Sabah dan Sarawak mungkin mengambil masa sehingga 7 hari bekerja. Adalah dimaklumkan bahawa hari bekerja kami adalah Selasa hingga Ahad.

 

DASAR PENYATA DAN PEMULANGAN WANG

Kami, Bio-Tropical, tidak menyediakan BAYARAN BALIK. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian anda, anda hanya dibenarkan untuk menukar produk lain reka bentuk / jenis yang sama saiz yang berbeza dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan. Jika terdapat apa-apa perbezaan harga, anda perlu menambah perbezaan.