9 MASALAH RAMBUT

Rambut Gugur

Rambut gugur ialah keadaan dimana rambut yang mengalami proses keguguran sehingga menyebabkan rambut kelihatan semakin tipis

PUNCA : Stress, penggunaan alat elektronik untuk rambut, pemakanan, melahirkan anak, perubahan hormon, syampu atau perapi rambut, kesan ubat-ubatan

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Wanita selepas bersalin mengalami masalah keguguran rambut kerana perubahan hormon. Secara puratanya, wanita akan mengalami keguguran rambut sebanyak 100-150 helai rambut. Tetapi, bila dah selepas bersalin, anda mungkin akan mengalami keguguran rambut kira-kira 500 helai.

PUNCA : Stress, penggunaan alat elektronik untuk rambut, pemakanan, perubahan hormon, syampu atau perapi rambut, kesan ubat-ubatan

Rambut Kelemumur

Kelemumur sama sekali tidak menyebabkan rambut gugur, selalunya rambut yang gugur itu adalah disebabkan rambut tercabut ketika menggaru kulit kepala.

PUNCA : Syampu yang tidak sesuai, kulit berminyak, pemakanan, cuaca panas, kulit kepala sensitif, jarang membasuh rambut, jangkitan kulat Malassezia

Rambut Botak atau Gugur Secara Bertompok

Botak bertompok ini didefinisikan kehilangan rambut secara tiba tiba yang disebabkan oleh banyak folikel yang terlalu awal berehat di fasa Telogen.

Rambut cenderung untuk gugur dalam tempoh yang singkat, dengan keguguran rambut yang luar biasa berlaku berbanding dengan bahagian kepala lain.

PUNCA : stress yang kronik dan berpanjangan, genetik, ikatan rambut yang ketat, jangkitan virus/ bakteria, bahan kimia

Rambut Bercabang

Rambut bercabang, biasanya hal ini terjadi pada rambut yang kurang nutrisi, dan kering. Bahagian rambut yang mengalami masalah ini adalah pada hujung rambut karana bahagian ini yang paling tua atau lama dibandingkan bahagian rambut yang lainnya.

PUNCA : Cuaca, memakai syampu yang mengandungi kimia, menggunakan alat pengering rambut dan kekurangan nutrisi

Rambut Berminyak

Kulit kepala mengeluarkan lebihan minyak kerana ketidakseimbangan dalam aktiviti kelenjar yang menghasilkan sebum. Sebum adalah lapisan lilin minyak pada kulit. Sebum yang berlebihan menyebabkan kulit kepala berminyak.

PUNCA : Jarang mencuci rambut, penggunaan syampu yang salah, mengikat rambut semasa basah, makanan berlemak, sering enwarnakan rambut, cahaya matahari, hormon, stress, terlalu kerap sikat rambut

Rambut Kering Dan Rapuh

Kurangnya nutrisi pada rambut akan membuat rambut cenderung untuk menjadi kering, rapuh dan bercabang sehingga rambut menjadi sangat mudah patah.

PUNCA : Memakai ” Hair Dryer”, kekurangan kelembapan dan minyak di kulit kepala, sering menggunakan pewarna rambut, mandi kolam renang, rambut kerap terdedah pada matahari

Rambut Beruban Pada Usia Muda

Rambut beruban terjadi apabila sel pigmen pada folikel rambut mulai berkurangan dan hilang. Akibatnya, helaian rambut tidak akan mendapat melanin yang mencukupi seterusnya akan kelihatan berwarna cerah seperti warna kelabu atau putih.

PUNCA : Merokok, keturunan, stress, pewarna rambut dan syampu yang tidak sesuai, kekurangan vitamin B

Rambut Berbuah

Rambut berbuah adalah suatu keadaan di mana hujung rambut terdapat benda asing yang berwarna putih ataupun hitam yang melekat serta sukar untuk ditanggalkan.

PUNCA : Tidak mengeringkan rambut dengan betul, menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut, kurang tidur, penggunaan produk rambut yang berlebihan, masalah bakteria

5 LANGKAH MUDAH UNTUK SELESAIKAN
MASALAH RAMBUT ANDA

Cara menyelesaikannya dengan menggunakan Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical:

  1. Pastikan rambut dalam keadaan yang kering ketika mahu memakai Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical ini
  2. Titiskan Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical pada tapak tangan
  3. Sapu pada bahagian kulit kepala sambil mengurut urut sehingga rata
  4. Biarkan dalam masa dua jam atau boleh juga biarkan semalaman
  5. Bilas dengan air beserta syampu yang bersesuaian
Minyak Kelapa Dara Bio-Tropocal

MANFAAT KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA BIO-TROPICAL
UNTUK RAMBUT ANDA

  • Membantu menghitamkan rambut.
  • Mempercepatkan pertubuhan rambut.
  • Mengurangkan masalah kelemumur.
  • Merawat masalah rambut beruban.
  • Melembabkan kulit kepala.
  • Mencegah & mengatasi kerosakan rambut.
  • Mencegah keguguran rambut.
  • Tidak perlu menggunakan perapi selepas bersyampu.
  • Menjadikan rambut lebih berkilau dan bermaya.

APA KATA MEREKA?

NIKMATI RAMBUT SIHAT SEMULAJADI DENGAN MINYAK KELAPA DARA BIO-TROPICAL SEKARANG!

Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical