punca rambut gugur

OMG! Inilah Punca Rambut Gugur Terjadi

Masalah keguguran rambut merupakan perkara normal di mana fasa kitaran pertumbuhan rambut berlaku. Namun begitu, ia agak membimbangkan sampai anda tak tahu apa punca rambut gugur terlalu banyak.

Secara purata, orang dewasa mempunyai sekitar 100,000 ke 150,000 helai rambut. Kebiasaannya, 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari mengikut kitaran pertumbuhan rambut.

Jika rambut anda gugur lebih dari ini, anda mungkin menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

 

Ikat rambut terlalu ketat

 

Jika anda kerap mengikat rambut dengan ketat, anda mungkin terdedah dengan rambut gugur.

Ikatan rambut yang ketat boleh menyebabkan tekanan di akar rambut dan melemahkan cengkaman helaian rambut dari folikel. Lalu menyebabkan rambut gugur atau putus dengan mudah.

 

Kerap mendandan rambut

 

Mendandan rambut dengan kerap adalah salah satu punca rambut gugur. Ia membuatkan rambut lebih rapuh dan mudah putus.

Oleh itu, elakkan dari menggunakan hair dryer. Haba panas akan menyebabkan akar rambut menjadi lemah.

 

Stres

 

Tekanan atau stres boleh memberikan kesan dari segi fizikal atau emosi. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan perubahan pada gaya hidup anda seperti waktu tidur, selera makan mahupun hormon.

Ia mempengaruhi hormon sekaligus menyebabkan rambut gugur. Oleh itu, anda perlu tangani stress dengan bijak.

 

Folikel rambut tersekat

 

Rambut yang cantik tumbuh dari kulit kepala yang sihat. Jika kulit kepala anda bermasalah, ia boleh menyebabkan pertumbuhan rambut tersekat lalu rapuh dan senang gugur.

Pilihlah produk rambut yang sesuai dan bagus untuk menguatkan rambut dan kulit kepala. Pilih syampu yang sesuai agar dapat membantu membersihkan kulit kepala dan membuang sel-sel kulit mati.

 

Perubahan hormon

Ketidakseimbangan hormon dapat mempengaruhi tubuh badan wanita. Ini kära berlaku kepada wanita yang baru bersalin.

Proses perubahan hormon ini boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut, sekaligus menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal. Selain itu, pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

 

Kekurangan zat besi

 

Kekurangan zat besi dalam badan boleh menyebabkan punca rambut gugur. Ia sering berlaku di kalangan wanita.

Setiap kali haid, anda akan kehilangan zat besi yang banyak setiap bulan. Tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang secukupnya. Oksigen akan berkurangan lalu dan akhirnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.

 

Diet tidak seimbang

 

Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan pemakanan yang sihat dan seimbang. Rambut yang sihat dan kuat memerlukan banyak sumber protein, Omega-3 dan vitamin seperti vitamin A, D dan E.

 

Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical

 

 

 

Usah bimbang, masalah keguguran rambut boleh diatasi dengan menggunakan minyak kelapa dara. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit, malah dapat menyelesaikan masalah rambut.

Ia dapat membantu mencegah keguguran rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Selain itu, ia juga dapat mencegah dan mengatasi kerosakan rambut, lalu menjadikan rambut lebih berkilau dan bermaya.

Caranya mudah sahaja. Titiskan minyak kelapa dara pada tapak tangan, dan sapu ke bahagian kulit kepala ketika rambut kering. Urut ke seluruh kepala sehingga rata dan biarkan selama dua jam atau semalaman. Kemudian, bilas dengan air beserta syampu yang bersesuaian.

Rambut merupakan mahkota wanita. Oleh itu, jaga lah rambut anda sebaik mungkin agar ia kekal sihat dan cantik.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *