DOA MUDAH BERSALIN

Bagus tau untuk menghafal doa supaya mudah bersalin

Antaranya ialah:

• Diri kita akan lebih dekat dan kembali kepada Allah S.W.T

• Memudahkan proses bersalin seperti mana ajaran Rasulullah.

• Doa-doa ini telah dibaca oleh para nabi dan diturunkan dalam al-Quran

• Ibu akan rasa lebih tenang ketika proses bersalin

• Mengurangkan rasa gugup dan gementar untuk bertempuh ketika bersalin

• Kelahiran bayi akan jadi mudah dan cepat. InsyaAllah

• Salah satu sokongan kerohanian di samping doa keluarga dan suami

• Ibu lebih yakin untuk bersalin dan tak sabar nak melihat si kecil lahir ke dunia.

• Sentiasa yakin bahawa para malaikat turut mendoakan kesejahteraan ibu ketika melahirkan

5 Doa mudah bersalin

1) Doa cepat bersalin: Surah Ali Imran, ayat ke-38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2) Doa mudah bersalin: Ayat 100 Surah As Saaffaat

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

3) Doa mudah bersalin: Ayat 89, Surah Al Anbiya’

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

4) Doa yang sunat dibaca ketika hamil

5) Doa dari surah Maryam

Doa mudah bersalin yang boleh diamalkan oleh para suami juga

Untuk suami, anda juga boleh amalkan zikir-zikir di atas, dan ketika anda menemani isteri anda semasa bersalin, anda boleh mengamalkan zikir ini bagi memudahkan proses bersalin isteri anda.

Allahumma yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khoir “Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”

Sakit bersalin memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata, dan Allah telah memilih wanita untuk menanggung sakit ini kerana Dia tahu yang wanita kuat untuk menahannya. Jadi dengan senarai doa mudah bersalin dan zikir-zikir di atas, diharapkan ia boleh memudahkan urusan bersalin ibu-ibu semua. InshaAllah. Kami mendoakan agar anda selamat bersalin. Amin.

16 khasiat Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

  • Memberi sumber tenaga yang cepat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi
  • Menguatkan sistem ketahanan / imun tubuh
  • Mengurangkan ketegangan urat (gaut) & stroke
  • Memudahkan proses ibu bersalin
  • Menyembuhkan tisu & kulit yang cedera & luka
  • Membantu menjaga kulit agar tetap lembut & halus
  • Membantu melambatkan proses penuaan & kedutan kulit
  • Berfungsi sebagai antioksidan
  • Mengurangkan risiko diserang antheroclerosis & sakit jantung
  • Menstabilkan paras kolestrol & kadar gula dalam darah
  • Mencegah terjadikan pembekuan darah
  • Menguatkan gigi
  • Meningkatkan kesihatan thyroid
  • Meningkatkan kemesraan hubungan suami isteri

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

10 TANDA ANDA MENGHAMPIRI MASA UNTUK BERSALIN!

5 TANDA AWAL BERSALIN YANG AKAN DIRASAI:

1. Rasa Seperti Kandungan ‘Jatuh’

2. Lebih Kerap Sakit Belakang & Kekejangan

3. Sendi Terasa Longgar

4. Kerap Buang Air Besar

5. Berat Badan Menurun

Berikut adalah beberapa tanda bersalin awal sebagai persiapan ibu mengandung dan bakal ayah.

1. RASA SEPERTI KANDUNGAN ‘JATUH’

Pada fasa ini, anda akan merasakan seperti bayi ke bawah sedikit daripada posisi biasa. Biasanya akan berlaku pada hujung kehamilan. Perkara ini boleh berlaku antara 2 ke 4 minggu sebelum kelahiran. Ini kerana kepala bayi yang semakin jatuh ke pelvi s.

Anda juga akan rasa tidak selesa pada bahagian ari-ari dan rasa lebih kerap ingin membuang air akibat posisi bayi yang semakin jatuh.

2. LEBIH KERAP SAKIT BELAKANG & KEKEJANGAN

Ibu mengandung yang sudah mencapai trimester lebih mudah berasa sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang. Pada waktu ini, ibu mengandung juga lebih mudah berasa kejang pada bahagian rahim seakan kontraksi. Namun begitu, kekejangan ini berkala dan sakit tahap sederhana.

Kekejangan ini tidak sama dengan kontraksi saat hampir melahirkan yang jauh lebih sakit dan berlaku lebih lama.

3. SENDI TERASA LONGGAR

Semakin kita menghampiri saat untuk bersalin, badan akan merembeskan hormon ‘relaxin’ yang bertindak untuk menenangkan ligamen dan seterusnya membuatkan semua sendi berasa lebih longgar daripada biasa.

Tindakbalas ini berlaku kerana persediaan badan untuk memberi ruang pada bayi untuk keluar daripada rahim dengan melonggarkan sendi pada pelvis.

4. KERAP BUANG AIR BESAR

Hormon yang dirembeskan untuk membantu kelahiran turut memberi kesan kepada pergerakan sistem perkumuhan. Hasilnya, kita lebih kerap ke tandas dan boleh mencapai tahap cirit-birit.

Semasa hendak bersalin juga kita akan rasa ingin membuang. Elakkan perkara ini dengan minum lebih air.

5. BERAT BADAN MENURUN

Dengan segala persiapan untuk bersalin dan kekerapan ke tandas,berat badan mungkin turun sedikit atau anda mula berhenti naik berat badan. Berat badan juga boleh turun kerana perubahan hormon pada badan.

Hal ini tidak perlu dirisaukan kerana walaupun anda sudah kekurangan sedikit berat badan, bayi yang dikandungkan tidak akan terkesan atau kekurangan berat.

5 TANDA BERSALIN SEMAKIN HAMPIR

Berikut pula adalah beberapa tanda bersalin yang lebih serius dan menandakan anda perlu ke hospital dengan segera.

1. KELUAR LENDIR DARI VAGINA

Beberapa minggu sebelum melahirkan anak, kita akan perasan yang lendir lebih kerap keluar berbanding biasa. Lendir pekat yang keluar berwarna merah jambu atau coklat berserta darah adalah cecair yang menutup permukaan laluan keluarnya bayi.

Apabila cecair ini keluar, itu tandanya waktu kelahiran hampir tiba.

2. RASA CRAMP YANG SEMAKIN KUAT DAN KERAP

Tanda ini adalah yang paling ketara menandakan kita semakin hampir untuk melahirkan. Kekejangan ini tidak boleh dihapuskan dengan mengubah posisi atau mengurut. Kekejangan ini juga bersifat lebih kerap dan lama serta lebih sakit. Kekejangan ini jauh lebih perit daripada kekejangan ‘Braxton Hicks’ yang dialami pada trimester ketiga.

Kesakitan ini bermula pada pinggang dan mula merebak ke bahagian bawah abdomen dan ke kaki. Pada mulanya kekejangan ini berlaku selang beberapa minit dan masih boleh tahan lagi. Lama kelamaan, kontraksi ini mencapai satu corak yang tetap iaitu kontraksi dalam setiap lima minit dan setiap kontraksi berlarutan sehingga seminit. Keadaan ini sangat memeritkan, tetapi adalah petanda baik yang kita akan berjumpa cahaya mata kita tidak lama lagi.

3. BADAN MENGGIGIL

Semakin hampir tempoh melahirkan, badan akan mula menggigil walaupun tidak sejuk. Perkara ini juga boleh berlaku semasa melahirkan anak. Tidak perlu risau kerana hal ini ialah cara badan melepaskan tekanan. Perkara ini mungkin juga boleh terjadi kerana terlalu gementar.

Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan aktiviti menenangkan seperti urutan lembut.

4. AIR KETUBAN MULA KELUAR

Air ketuban yang melindungi kandungan mula keluar tidak akan keluar banyak secara ‘dramatik’ seperti apa yang kita tonton di televisyen. Malah, ia akan keluar seperti bocoran sahaja.

Sementara sampai ke hospital, pakai tuala wanita untuk menahan bocoran. Tetapi, jika air ketuban keluar banyak, segera ke hospital kerana waktu beranak sudah sangat hampir.

5. SERVIKS MULA TERBUKA

Sebagai persediaan untuk menyambut bayi, badan akan bertindakbalas dengan membuka laluan bayi. Dinding serviks akan mula menipis dan terbuka sedikit. Doktor akan membuat pemeriksaan pembukaan serviks sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun begitu, serviks tidak akan terbuka serta merta melainkan waktu kelahiran sudah begitu dekat.

16 khasiat Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

  • Memberi sumber tenaga yang cepat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi
  • Menguatkan sistem ketahanan / imun tubuh
  • Mengurangkan ketegangan urat (gaut) & stroke
  • Memudahkan proses ibu bersalin
  • Menyembuhkan tisu & kulit yang cedera & luka
  • Membantu menjaga kulit agar tetap lembut & halus
  • Membantu melambatkan proses penuaan & kedutan kulit
  • Berfungsi sebagai antioksidan
  • Mengurangkan risiko diserang antheroclerosis & sakit jantung
  • Menstabilkan paras kolestrol & kadar gula dalam darah
  • Mencegah terjadikan pembekuan darah
  • Menguatkan gigi
  • Meningkatkan kesihatan thyroid
  • Meningkatkan kemesraan hubungan suami isteri

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

TIPS MUDAH HAMIL

Setiap yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dari darah daging sendiri dengan kadar segera ataupun tidak. Tetapi, walaubagaimanapun, tidak semua yang berjaya mendapatkan zuriat seperti yang diimpikan.

Ada yang menunggu bertahun untuk mendapatkan seorang cahayamata dan ada pula yang mengandung lebih kurang sebulan selepas berkahwin atau dipanggil sebagai bunting pelamin. Malangnya, ada segelintir pasangan yang masih belum mendapat zuriat walaupun sudah berkahwin belasan tahun.

Jadi, harini kami akan berkongsi tips untuk hamil . Dan semoga ianya berguna untuk anda

BAGAIMANA UNTUK HAMIL DENGAN PANTAS??? KETAHUI TIPS-TIPS INI

1) Berapa lama masa yang diperlukan untuk hamil?

Kebanyakan pasangan yang sihat dan kerap melakukan seks tanpa perlindungan, akan hamil dalam masa setahun. Satu kajian oleh Mayo Clinic menunjukkan bahawa 38% akan mengandung selepas satu bulan, tetapi meningkat kepada hampir 70% selepas tiga bulan, 81% selepas enam bulan dan 92% selepas 12 bulan.

Oleh itu, bagi anda yang berumur tiga puluhan atau pada awal dua puluhan, ia adalah normal untuk mencuba setahun sebelum usaha anda membuahkan hasil. Ini kerana secara teknikal, anda hanya mempunyai 1 dalam 5 peluang untuk mengandung setiap bulan, jadi nasib memainkan peranan penting dalam berapa lama proses itu akan diambil, walaupun anda sedang mengawasi kitaran ovulasi anda. Sekiranya anda berusia lebih dari 35 tahun dan tidak mengandung selepas 6 bulan mencuba, ia mungkin memerlukan anda untuk berjumpa doktor menjalani rawatan kesuburan.

2) Bagaimana untuk menyelaraskan rancangan kehamilan anda dengan kitaran ovulasi anda.

Wanita hanya subur selama beberapa hari setiap bulan, jadi dengan mengetahui bahawa anda sedang melakukan hubungan seks pada waktu yang tepat pasti akan meningkatkan peluang anda.

Pernahkah anda mencuba kalkulator ovulasi?

Hanya masukkan hari pertama dan tempoh terakhir serta panjang kitaran anda dan ia akan menunjukkan hari yang optimum untuk mencuba hamil setiap bulan. Bagus juga untuk membeli Kit Test Ovulation over-the-counter, supaya anda boleh mengenal pasti tempoh kesuburan anda dan ini akan meningkatkan peluang anda menimang cahaya mata.

3) Petua untuk hamil.

 Jangan gunakan pelincir, seolah-olah ia mungkin lebih selesa, sesetengah pelincir tidak mesra sperma dan boleh menyebabkan sperma mati sebelum sampai ke telur.

 Jangan lakukan apa-apa untuk meningkatkan suhu badan anda secara aktif selepas seks. Contohnya, senaman berat atau mandi panas. Sperma mula kehilangan kualiti dan daya kesuburan mereka.

4) Bagaimanakah untuk meningkatkan kiraan sperma secara semulajadi ?

Kiraan sperma yang rendah sering dikaitkan dengan faktor-faktor seperti kekurangan zink atau kekurangan vitamin. Oleh itu, membuat beberapa perubahan diet nutrisi anda boleh menjadi cara yang terbaik untuk menambahkan jumlah sperma .

5) Adakah berat badan saya boleh menjejaskan kehamilan saya?

Berat badan anda bukan sahaja boleh memainkan peranan dalam seberapa cepat anda hamil kerana ia boleh menjejaskan kekerapan ovulasi, ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda semasa mengandung.

Kirakan berat dan ketinggian anda untuk mengira BMI. Sekiranya keputusan menunjukkan anda lebih atau kurang berat badan, anda boleh merujuk kepada pakar pemakanan atau mencadangkan program senaman untuk membantu anda mencapai BMI yang ideal dan memastikan badan anda dalam keadaan terbaik untuk hamil.

6) Makanan apa yang membantu anda hamil?

Diet bukan sahaja penting untuk kesihatan, ia juga boleh memberi kesan kepada kesuburan anda. Pastikan anda mengambil diet yang seimbang untuk memastikan tubuh anda tidak kekurangan apa-apa nutrien dan vitamin yang penting untuk bayi.

Berikut adalah sedikit cadangan pemakanan daripada kami:

Bayam

Pisang

Telur

Bijirin yang bertambah baik

Kacang, lentil, kacang

Bayam adalah sayur hijau yang penting untuk pengeluaran telur dan sperma yang sihat kerana ia mengandungi zink. Pisang pula kaya dengan Vitamin B6, yang membantu mengawal hormon, telur dan bijirin yang diperkuatkan untuk membantu anda mendapatkan Vitamin D. Kekurangan vitamin D dikaitkan dengan peningkatan kadar kemandulan.

Akhir sekali, kacang, kacang merah. Kacang dikenali sebagai peningkatan kesuburan kerana ia penuh dengan protein dan berasaskan tumbuhan yang bagus!

Lihatlah superfoods kesuburan untuk banyak lagi idea.

7) Bila saya perlu untuk mendapatkan nasihat perubatan?

Jika sudah lebih dari satu tahun, sila rujuk pakar mengenai kesihatan tubuh badan anda. Pakar akan menjalankan pelbagai ujian kesuburan untuk melihat jika ada sebab dari aspek perubatan yang menghalang anda untuk hamil.

Semoga berjaya!

16 khasiat Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

  •  Memberi sumber tenaga yang cepat
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bertindak sebagai antioksidan semulajadi
  • Menguatkan sistem ketahanan / imun tubuh
  • Mengurangkan ketegangan urat (gaut) & stroke
  • Memudahkan proses ibu bersalin
  • Menyembuhkan tisu & kulit yang cedera & luka
  • Membantu menjaga kulit agar tetap lembut & halus
  • Membantu melambatkan proses penuaan & kedutan kulit
  • Berfungsi sebagai antioksidan
  • Mengurangkan risiko diserang antheroclerosis & sakit jantung
  • Menstabilkan paras kolestrol & kadar gula dalam darah
  • Mencegah terjadikan pembekuan darah
  • Menguatkan gigi
  • Meningkatkan kesihatan thyroid
  • Meningkatkan kemesraan hubungan suami isteri

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media