MASALAH RAMBUT RAPUH

" Bila lah boleh dapat rambut secantik Model Syampu dalam TV tu ! "

Rambut adalah mahkota kita sebagai seorang wanita. Setiap wanita pastinya mengimpikan rambut yang panjang, lebat,kuat dan sihat. Ye lah, teringin juga kan rambut macam model dalam iklan syampu tu.. Cantik Sangat-sangat !!

Tapi tu lah, macam-macam masalah yang boleh terjadi pada rambut.

Antaranya ialah :

• Rambut gugur

• Masalah kelimumur/ gatal/ menggelupas

• Rambut kering/rapuh/ bersisik/ patah/ kusut

• Botak/ gugur secara bertompok

• Rambut buah

• Bercabang dan berminyak

• Beruban pada usia muda

• Rambut berbau

• Masalah kutu

Tapi, untuk tips kali ni, kita focus pada Rambut Kering dan Rapuh dulu.

Okay, first jom kenali apa itu RAMBUT KERING DAN RAPUH.

Masalah rambut kering adalah disebabkan pemilihan syampu yang salah atau kekurangan nutrisi pada rambut. Kurangnya nutrisi pada rambut akan membuat rambut cenderung untuk menjadi kering, rapuh dan bercabang sehingga rambut menjadi sangat mudah patah.

Rambut yang mudah patah jika tidak segera diatasi maka akan menyebabkan mudah gugur bahkan jika terus dibiarkan ini boleh menyebabkan ancaman kebotakan pada rambut. Tanda-tanda kerapuhan rambut yang sering terlihat adalah hujung rambut bercabang, kusut yang berlebihan, rambut kusam, dan lebih kasar daripada rambut normal.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut kering.

Antaranya:

• Memakai " Hair Dryer"

Hair Dryer tentunya amat membantu seseorang wanita itu utnutk bersiap dengan lebih cepat, terutamanya untuk wanita yang berkerja. Namun begitu, haba yang terhasil daripda Hair Dryer tersebut akan menyebabkan rambut anda kering. Jika anda harus mengunakannya, Keringkan sedikit rambut anda dahulu menggunakan tuala. Kemudian, jarakkan Hair Dyer tersebut sekitar 20 cm daripada rambut, dan gunakannya dalam suhu rendah hingga sedang sahaja. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan "Hair Dryer" , Pengerinting Rambut, dan Pelurus Rambut.

• Kekurangan kelembapan dan minyak di kulit kepala

Pada kulit kepala terdapat minyak untuk mengekalkan kelembaban pada rambut. Minyak ini akan melembabkan rambut dari akar ke ujung rambut. Minyak ini membekalkan nutrisi kepada rambut bergantung kepada jenis rambut masing – masing. Selain itu, cuaca dan aktiviti seharian anda juga boleh mempengaruhi hilangnya kelembaban pada kulit kepala.

• Sering menggunakan pewarna rambut.

Bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut membuat rambut menjadi kering. Sebelum melakukan proses mewarna rambut, langkah awal yang akan dilakukan adalah bleaching, yaitu menghilangkan pigmen atau warna rambut asli, kemudian rambut akan diberikan krim yg mengandungi bahan kimia yang kuat dan mampu menyerap kandungan lemak alami dalam rambut yang akan membuat rambut menjadi kering.

• Mandi Kolam Renang

Kamu pasti sering mengalami rambut yang jadi kusut dan kering setelah berenang, bukan? Hal ini disebabkan air kolam tersebut mengandungi klorin dan juga terdedah kepada sinar matahari. Klorin digunakan untuk menjernihkan air kolam. Klorin dapat menyebabkan gatal di kulit kepala sehingga mengelupas dan membuat rambut anda patah.

• Rambut kerap terdedah pada matahari

Matahari pagi sangat bagus bagi pertumbuhan tulang manusia kerana kandungan vitamin D-nya. Panas matahari, khususnya di atas jam 9 pagi akan membuat rambut terlihat kering dan kusam, maka ada baiknya untuk menggunakan penutup kepala setiap kali anda melakukan aktiviti di luar.

Cara Merawat Rambut Kering dan Patah.

Rambut yang rosak dan mudah patah tidaklah disaran untuk dirawat menggunakan bahan kimia. Maka lebih baik merawatnya menggunakan cara semula jadi. Berikut merupakan bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat rambut yang patah.

• Memotong bahagian hujung rambut setiap 2 bulan sekali.

• Tidak menyisir rambut ketika basah.

• Kurangkan pengunaan "Hair Dryer"

• Menghindari rambut terpapar matahari secara langsung dalam waktu yang lama.

• Betik

Betik sangat bagus untuk rambut. Buah betik jika dicampur dengan yogurt boleh menjadi cara terbaik untuk mengatasi rambut patah. Cara mengunakannya, campurkan betik dan yogurt tawar, gaul sehingga sebati. Lalu sapukan ke kulit kepala dan rambut, biarkan dalam setengah jam. Kemudian cuci rambut sampai bersih sepenuhnya.

• Bawang

Kaya dengan kandungan sulfur, bawang boleh digunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut. Gosokkan bawang yang telah dikupas dan dipotong ke kulit kepala, biarkan beberapa saat lalu keramas rambut sampai bersih.

• Madu

Begitu banyak manfaat alami madu bagi rambut. Salah satunya manfaat madu untuk rambut adalah untuk mengatasi rambut yang bercabang dan patah.

Cara memakainya :

1. Sapukan madu mulai dari akar rambut sampai ke ujung rambut

2. Biarkan sehingga terasa agak kering, lalu cuci sampai bersih

Namun begitu, sekiranya anda tiada masa untuk melakukan amalan tradisional seperti ini di rumah, usah bimbang. Anda juga masih boleh dapatkan rambut yang lebat dan kuat dengan menggunakan produk Minyak Kelapa Dara Bio Tropical.

Minyak Kelapa Dara Bio Tropical

Minyak Kelapa Dara Bio Tropical sangat terkenal dengan 1001 kebaikan dalam hanya 1 produk. Selain boleh merawat Rambut Patah . Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ini juga mempu untuk mencegah rambut gugur, menghitamkan rambut, menguatkan rambut, melambatkan Uban dan merancakkan pertumbuhan rambut.

Ianya bersifat natural 100% asli dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

Cara Menggunakannya :

1. Picitkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical pada tangan,kemudian sapu pada kulit kepala sampai rata

2. Sapukan juga pada bahagian rambut yang bermasalah

3. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja

4. Sesuai digunakan dalam keadaan rambut yang kering ataupun basah

Tips : Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun dengan cara direct order di no wasap.my/60108467741

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

GUGUR DAN BOTAK SECARA BERTOMPOK

“Rambut gugur bertompok-tompok?? Malunya!!”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang ambil remeh tentang masalah ini. Tapi untuk pengetahuan semua, rambut gugur secara bertompok ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada penampilan kita, malah masalah ini adalah serius!

Kenapa?

Sebab masalah kehilangan rambut di kepala yang meninggalkan kesan secara tompokan ini boleh merebak dengan cepat. Impak yang terkesan daripada masalah ini lama kelamaan akan menjadikan kepala botak.

Keguguran rambut tompokan seperti ini boleh menyebabkan botak yang berbentuk bulat atau lonjong pada bahagian atas kepala. Kulit kepala di bahagian botak itu akan kelihatan berkilat.

Ini serius!!!

Masalah menjadi lebih serius apabila orang yang mengalami keguguran rambut tersebut akan kehilangan 50% daripada jumlah rambut mereka dalam masa yang amat singkat iaitu dalam masa semiggu.

Lama kelamaan, dalam masa sebulan sahaja, mereka akan menjadi botak! Dan kesan daripada itu, rambut tidak akan tumbuh kembali buat selama lamanya! Takutnyaaa!!

“Apa itu botak bertompok?”

Botak bertompok atau juga dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Alopecia Areata. Botak bertompok ini didefinisikan kehilangan rambut secara tiba tiba yang disebabkan oleh banyak folikel yang terlalu awal berehat di fasa Telogen.

Kawasan keguguran rambut boleh terasa gatal dan menyakitkan. Rambut cenderung untuk gugur dalam tempoh yang singkat, dengan keguguran rambut yang luar biasa berlaku berbanding dengan bahagian kepala lain.

“Macam mana botak bertompok ini boleh terjadi??”

Punca utamanya adalah :

1) Stress yang kronik dan berpanjangan

Stress atau tekanan emosi yang kronik dan berpanjangan secara tidak langsung boleh menyebabkan masalah keguguran rambut yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan masalah yang lebih serious iaitu botak bertompok.

Ia juga akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon seseorang tidak kira sama ada secara fizikal atau emosi.

2) Genetik

Masalah ini boleh berlaku lebih kerap pada orang yang mempunyai sejarah daripada ahli keluarganya sendiri, yang menunjukkan keturunan mungkin boleh menjadi salah satu faktor masalah ini terjadi.

3) Ikatan rambut yang ketat

Ikatan rambut yang terlampau ketat juga boleh mengakitbatkan akar rambut sakit dan menjurus kepada masalah botak bertompok. Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudak rosak dan gugur.

4) Jangkitan virus/ bakteria

Jangkitan daripada sebarang virus ataupun bakteria boleh mengakibatkan masalah botak bertompok berlaku. Hal ini kerana kulit kepala adalah salah satu bahagian yang sensitif yang perlu dijaga.

5) Bahan kimia

Faktor pemakaian syampu atau perapi rambut yang salah boleh cenderung kepada masalah ini terjadi. In kerana setiap syampu atau perapi rambut yang dihasilkan mempunyai serba sedkit campuran bahan kimia.

Ada sesetengah bahan kimia yang tidak sesuai untuk rambut, jadi ia akan memberi kesan iaitu keguguran rambut yang serius. Jika keguguran rambut ini berterusan maka terjadinya masalah botak bertompok di kepala.

“Risaunya.. boleh ke masalah ini dirawat??”

Jangan bimbang, kami boleh berkongsi serba sedikit cara untuk merawat masalah botak bertompok ini!

Antara cara yang boleh diambil adalah :

1) Berjumpa doktor

Untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya, anda boleh berjumpa doktor. Nasihat daripada pakar diperlukan kerana mereka lebih arif tentang masalah yang melibatkan kesihatan tubuh badan. Jika ada sebarang penyakit yang serius, doktor boleh mengesannya daripada simpton awal seperti ini.

2) Minyak kelapa dara Bio-Tropical

Pasti ramai yang tak tahu bahawa Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical mengandungi bermacam macam manfaat dan kebaikan dalam hanya satu produk. Sebagai contoh, ia adalah bagus untuk digunakan sebagai rawatan untuk semua jenis masalah rambut termasuklah masalah botak bertompok. Hal ini kerana Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical bersifat semulajadi dan dijamin 100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia. Ianya dihasilkan daripada kelapa dara yang berkualiti tinggi.

Cara penggunaan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical adalah dengan cara menyapu minyak kelapa dara tersebut di kulit kepala sambil mengurutnya. Pemakaian secara berterusan lebih memberi manfaat sekaligus dapat merawat masalah ini.

Macam mana nak dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio-Troical ini?

Anda boleh mendapatkannya di website www.biotropicalcares.com/produk/

Ataupun dengan cara direct order di wasap.my/60108467741

Semoga bermanfaat!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

7 PUNCA RAMBUT GUGUR

“Setiap kali menyikat rambut, sikat dipenuhi dengan helaian rambut!”

“Setiap kali menyapu lantai bilik mesti banyak hasil rambut gugur. Stressnya!!”

Adakah anda mengalami situasi di atas?

Jangan bimbang, untuk pengetahuan anda, setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.

“Tapi kenapa rasa macam masalah rambut gugur ni berterusan?”

Sebelum kita pergi kepada punca berlakunya keguguran rambut, mari kita lihat apa itu maksud rambut gugur.

Apa itu rambut gugur?

Rambut gugur ialah keadaan dimana rambut yang mengalami proses keguguran sehingga menyebabkan rambut kelihatan semakin tipis. Ia boleh memberikan impak besar kepada maruah dan keyakinan diri seseorang. Oleh itu, rambut gugur ini amat membimbangkan rata rata orang yang menghadapi masalah ini. Hal ini kerana rambut yang tebal dan berkilau adalah lambang kesihatan dan daya tarikan setiap manusia. Ia juga merupakan sumber keyakinan bagi lelaki mahupun wanita.

Mesti ramai dikalangan kita tak tahu pun apa punca masalah ini terjadi, jadi di sini, kami akan kongsikan beberapa punca terjadinya masalah keguguran rambut.

Antara punca masalah keguguran rambut adalah:

1) Stress

Stress atau tekanan emosi secara tidak langsung boleh menyebabkan masalah keguguran rambut kerana ia akan mengganggu gaya hidup serta keseimbangan hormon seseorang tidak kira sama ada secara fizikal atau emosi.

Stress memberi kesan kepada cara tidur dan juga selera makan, ia juga mengganggu keseimbangan hormon dan memberi kesan kepada keguguran rambut.

2) Penggunaan Alat Elektronik Untuk Rambut

Penggayaan rambut secara berlebihan akan menyebabkan rambut mudah rosak dan gugur. Penggayaan rambut yang cantik kebiasaannya akan menggunakan alat pengering rambut, alat pengerinting rambut dan juga alat meluruskan rambut. Hasil daripada penggunaan alat alat ini boleh menyebabkan akar rambut rosak dan sekaligus akan terjadinya keguguran.

3) Pemakanan

Diet tidak seimbang boleh menyebabkan kesihatan rambut terjejas. Untuk pengetahuan pembaca, rambut diperbuat daripada protein, maka ia amat lah penting untuk mengambil sumber protein yang mencukupi dalam pemakanan seharian.

Selain itu, pengambilan zat besi serta vitamin dan mineral yang lain juga amat penting untuk kesuburan rambut.

4) Melahirkan Anak

Bagi wanita yang baru bersalin, kebanyakan daripada mereka akan mengalami masalah keguguran rambut kerana kekurangan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran rambut. Keguguran rambut bagi wanita selepas bersalin adalah 100% normal dan tidak perlu dikhuatiri.

Selain itu, faktor yang menjadi punca keguguran rambut oleh para ibu bersalin juga adalah disebabkan oleh faktor hormon dan stress selepas bersalin.

5) Perubahan Hormon

Keguguran rambut kebiasaannya akan berlaku tidak kira jantina, lelaki mahupun wanita. Tetapi yang sering mengeluh tentang masalah ini adalah kaum wanita.

Ketidakseimbangan hormon estrogen dalam kalangan kaum wanita boleh mengakibatkan masalah keguguran rambut yang serius. Selain itu, perubahan hormon ketika selepas bersalin juga boleh mengakibatkan keguguran rambut bagi kaum wanita. Tambahan pula, bagi wanita yang menopaus juga akan mengalami masalah yang sama kerana kekurangan hormon estrogen tersebut.

Bagi kamu lelaki, keguguran rambut boleh berlaku kepada mereka kerana lelaki sering dikaitkan dengan hormon dihidrotestoteron (DHT). Rambut mereka akan mengalami keguguran jika folikel rambut mereka sensitif terhadap DHT. Hormon ini menjadikan rambut menjadi lebih tipis dan mudak gugur dari akarnya.

6) Syampu atau perapi rambut

Kebanyakan orang menyangkakan bahawa syampu dan perapi rambut mampu merawat masalah keguguran rambut. Sebenarnya tidak, malah penggunaan syampu dan perapi rambut yang mengandungi bahan kimia secara kerap dan berlebihan boleh mengakibatkan rambut menjadi tidak sihat dan gugur. Penggunaan syampu secara berlebihan yang mengandungi paraben akan mengganggu fungsi hormon kerana paraben boleh menembusi kulit dengan mudah.

Selain itu, jarang mencuci rambut dengan betul juga boleh mengakibatkan keguguran rambut. Hal ini kerana rambut yang jarang dicuci akan mudah berbau, menjadi lembap, dan terlalu berminyak. Dengan terjadinya semua masalah tersebut, ia sekaligus menjadikan rambut mudah rosak dan mengalami keguguran yang serius.

7) Kesan Ubat Ubatan

Keguguran rambut boleh terjadi disebabkan oleh sesetengah ubat yang diambil. Contoh ubat yang boleh memberi kesan kepada pengambilannya adalah ubat penyakit kanser. Disebabkan penyakit kanser adalah penyakit yang sukar diubati, ubat yang diberikan adalah sedikit memberi impak kepada tubuh badan manusia. Oleh itu, keguguran rambut adalah salah satu kesan daripada pengambilannya.

Selain itu, wanita yang mengambil pil perancang akan cenderung dan akan mengalami keguguran rambut jika berhenti menggunkana pil tersebut.

Untuk pengetahuan semua, ubat ubatan seperti ibuprofen dan ubat pencair darah juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

“Okay dah tahu punca terjadinya keguguran rambut, jadi apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal??”

Jangan risau, terdapat pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah keguguran rambut, antaranya adalah:

1) Berjumpa doktor

Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Nasihat aripada pakar diperlukan kerana mereka lebih arif tentang hal hal sedemikian. Jika ada sebarang penyakit yang serius, doktor boleh mengesannya.

2) Syampu Hairfall Solution

Pemilihan jenis syampu juga amat penting. Penggunaan syampu yang dikhaskan bagi yang menghadapi masalah keguguran rambut amat digalakkan. Kebiasaannya shampoo rambut yang dikhaskan untuk masalah keguguran rambut menjadikan rambut anda amat kuat sehingga dapat membantu menghentikan keguguran rambut yang serius.

3) Bahan semulajadi

Terdapat banyak bahan semulajadi yang terbukti dapat memberi kesan yang positif terhadap masalah keguguran rambut. Antaranya adalah:

i- Lidah buaya

Manfaat luar biasa tumbuhan ini sememangnya diketahui sejak dahulu lagi untuk mengurangkan rambut gugur. Jadi tidak hairan lah banyak produk penjagaan rambut menggunakan lidah buaya sebagai bahan utama.

Ambil daun lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendir. Sapukan pada rambut sehingga rata sanmbil mengurut kulit kepala dan biarkan selama 5 minit.

ii- Minyak zaitun

Minyak zaitun ada banyak manfaat antaranya sebagai perawat semula jadi rambut bagi mengurangkan kerosakan akibat penggunaan produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

Cara terbaik untuk menggunakan minyak zaitun asli adalah dengan campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur.

iii- Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical

Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical mengandungi pelbagai kebaikan dalam hanya satu produk. Ia sangat bagus digunakan untuk rambut dan mampu mengatasi masalah keguguran rambut. Selain daripada mengatasi keguguran rambut, Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical juga boleh mengatasi masalah kelimumur, menghitamkan rambut, menyihatkan rambut, merancakkan pertumbuhan rambut dan banyak lagi manfaat yang ditawarkan. Hal ini kerana Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical bersifat semulajadi dan dijamin 100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia.

Cara penggunaannya adalah dengan cara menyapu Minyak Kelapa Dara Bio-Tropical di kulit kepala sambil mengurutnya. Pemakaian minyak kelapa ini harus lah konsisten untuk mendapatkan kesannya yang positif.

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

“Minyak Kelapa Dara? Apa tu?”

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) adalah minyak kelapa yang diolah dari bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang tidak menggunakan haba. Minyak kelapa dara ini telah digunakan sejak dari zaman dulu lagi. Bahkan minyak kelapa dara dihasilkan untuk mereka yang sentiasa mementingkan kesihatan dan kecantikan tanpa perlu berbelanja dengan kos yang mahal.

Kini minyak kelapa dara mudah untuk didapati dan menjadi tarikan kerana khasiat minyak kelapa dara yang sangat mujarab. Penggunaan minyak kelapa dara dalam pemakanan harian memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia.

PROSES PENGHASILAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses TANPA penggunaan haba atau bahan kimia. Struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu pemprosesan yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah dan membawa kepada kemudaratan apabila anda memakannya. Pengambilan minyak kelapa dara secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.

Antara khasiat minyak kelapa dara ialah:

1. ANTI-VIRUS, ANTI-KULAT DAN ANTIBAKTERIA

Minyak kelapa dara mengandungi asid caprillic dan asid lauric yang dikenali untuk kesan antivirus dan antibakteria. Minyak kelapa organik juga merupakan pembersih yang sangat baik untuk saluran gastrousus. Di samping itu, asid laurik mempunyai kesan yang sangat baik pada tubuh kita.

2. MENINGKATKAN KADAR METABOLISME

Minyak kelapa dara merangsang metabolisme dan menyediakan sumber tenaga segera. Apabila anda mengambil minyak kelapa pada diet anda, anda membakar lebih banyak kalori kerana peningkatan metabolisme anda. Oleh itu, menggabungkan minyak kelapa ke dalam plan penurunan berat badan yang sihat anda adalah idea yang hebat.

3. SIHAT UNTUK KULIT, RAMBUT DAN KUKU ANDA

Menyapu minyak kelapa dara organik ke kulit anda dapat membantu melembapkan kulit anda, serta menjadikan ia lebih lembut dan lebih licin. Ia juga dipercayai melambatkan penuaan dan kedutan kulit anda.

Di samping itu, minyak kelapa secara berkesan membantu menjaga rambut dan kuku dengan cantik, sihat dan berkilat. Ia dianggap sebagai salah satu nutrien semula jadi terbaik untuk rambut anda.

4. MEMBERI ANDA TENAGA SEGERA

Mudah dicerna, minyak kelapa dapat membantu anda merasa kurang letih dengan memberikan tenaga yang berkekalan. Ia juga boleh meningkatkan prestasi sukan. Selepas senaman berat, ini akan membantu anda menyimpan glikogen dengan lebih baik dan berfungsi sebagai sumber tenaga. Hari ini, ramai atlet menggunakannya sebagai sumber bahan bakar sebelum dan semasa latihan. Cara mudah untuk menggunakannya ialah menambahnya kepada smoothie (lihat resipi), kopi atau roti panggang tanpa gluten (bukan mentega).

5. SOKONGAN SISTEM IMUN YANG BAIK

Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik: super nutrien untuk sistem imun.

6. MENYOKONG FUNGSI TIROID YANG SIHAT

Minyak kelapa organik boleh membantu mengimbangi hormon secara semulajadi kerana mengandungi sumber tepu dan asid laurik yang sangat baik. Kajian telah mendedahkan bahawa lemak minyak kelapa dapat membantu merangsang aktiviti dan membetulkan fungsi kelenjar tiroid. Kelenjar penting ini memberi kita tenaga. Di samping itu, untuk secara semulajadi mengimbangi hormon, adalah penting untuk mengurangkan pengambilan gula, bijirin dan penggunaan lemak yang baik (seperti kelapa, benih alpukat dan flaks).

7. MEMPERBAIKI PENGHADAMAN

Pencernaan yang lebih baik bermakna penyerapan mineral, nutrien dan vitamin yang lebih baik. Dengan membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak (seperti magnesium dan kalsium), minyak kelapa menyumbang kepada peningkatan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien yang berharga ini. Di samping itu, mengambil minyak kelapa secara serentak dengan asid lemak (Omega-3) akan menjadikannya lebih berkesan.

8. MEMBANTU MEMBAKAR LEBIH BANYAK LEMAK DAN MEMUDAHKAN PERKEMBANGAN OTOT

Memandangkan minyak kelapa dapat mengurangkan selera makan dan meningkatkan pembakaran lemak, masuk akal untuk mengatakan bahawa ini dapat membantu anda menurunkan berat badan. Ianya amat berkesan dalam mengurangkan lemak, penyerapan di rongga perut dan di sekeliling organ. Juga, minyak kelapa bukan sahaja baik untuk membakar lemak, tetapi juga untuk membina otot!

Anda boleh dapatkan Minyak Kelapa Dara Bio Tropical ni di website https://biotropicalcares.com/produk/

Ataupun boleh direct order ni no wasap.my/60108467741.

Selamat mencuba!

Disediakan oleh Bio-Tropical Media