rambut berbuah

Wanita Ini Terkejut Melihat Rambut Berbuah! Ini Cara Mengatasinya

Pernahkah anda mengalami masalah rambut berbuah?

Anda usap-usap rambut, cuba menyisir rambut setelah mandi dan argghhh…

Ada benda melekat di rambut dan sukar untuk ditanggalkan.

Situasi ini sering berlaku terutama di kalangan wanita bertudung. Ia bukanlah kelemumur atau telur kutu, tetapi sebenarnya rambut berbuah. 

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan rambut berbuah. Antaranya seperti jangkitan bakteria, penggunaan produk rambut yang berlebihan dan hormon yang tidak seimbang.

Namun begitu, anda tidak perlu gusar. Terdapat tips yang boleh anda amalkan untuk mengatasi serta mengelakkan masalah rambut ini.

 

Tip Untuk Mengatasi Rambut Berbuah

 

1.  Keringkan rambut secara semulajadi

 

Menggunakan haba yang terlalu panas pada rambut boleh merosakkan rambut. Ia akan menyebabkan rambut terlalu kering lalu berisiko untuk mendapat rambut berbuah.

Oleh itu, keringkan rambut anda secara semulajadi tanpa menggunakan pengering rambut.

Walaupun ia mengambil masa, cara ini memberi peluang kepada rambut anda untuk bernafas. Selain itu, rambut juga akan kering dengan sebaiknya.

 

2. Elakkan mencuci rambut setiap hari

 

Anda dinasihatkan untuk mencuci rambut secara selang sehari. Jika anda mencuci rambut terlalu kerap, rambut akan menjadi kering lalu senang untuk rambut berbuah.

Selain itu, cuci rambut anda ketika anda mempunyai masa untuk mengeringkan rambut secara semulajadi.

Jika anda bekerja, anda boleh mencuci rambut anda pada waktu malam supaya anda ada masa untuk mengeringkan rambut. 

 

3. Pilih syampu yang betul

 

Rambut bermasalah sering terjadi kerana kulit kepala mengandungi minyak yang berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memilih syampu yang bersesuaian.

Cari syampu yang ringan dan kurang bahan kimia seperti paraben, sulfat dan silikon yang boleh meninggalkan sisa pada rambut.

Selain itu, gunakan perapi rambut untuk memastikan rambut anda lebih bermaya. Pastikan anda lurutkan perapi pada hujung rambut anda secara perlahan-lahan.

 

4. Biarkan rambut lepas

 

Setelah seharian rambut anda terperap dalam tudung, biarkan rambut anda lepas seketika.

Ia bagi memastikan rambut anda boleh bernafas dan tidak berselirat dan bergumpal lalu menyebabkan rambut berbuah.

Selain itu, pastikan rambut anda betul-betul kering sebelum anda mengikat rambut.

Punca utama rambut berbuah adalah kerana mengikat rambut yang basah. Ia boleh menggalakkan jangkitan bakteria pada rambut. Oleh itu, lepaskan rambut anda agar rambut kekal sihat dan cantik.

 

5. Gunakan jus lemon

 

 

Jus lemon yang bersifat asid boleh membantu untuk memastikan pH rambut dan kulit kepala kembali ke pH neutral.

Ia juga dapat membantu menyingkirkan kelemumur dan sisa produk yang boleh menyebabkan rambut jadi berbuah. Secara tidak langsung, ia dapat membersihkan kulit kepala.

Caranya adalah dengan mencampurkan perahan lemon dengan air. Cuci rambut dengan air perahan jus lemon dan lumurkan ke seluruh kepala. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.

 

6. Gunakan Minyak Kelapa

Minyak kelapa juga merupakan bahan semulajadi yang sangat berkhasiat untuk merawat kulit dan rambut.

Selain melembutkan kulit, ia juga mampu untuk menghilangkan rambut yang berbuah serta melebatkan rambut.

Minyak kelapa dara merupakan produk yang bersifat semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Dihasilkan daripada kepala dara yang berkualiti tinggi, ia sangat membantu bagi menghilangkan masalah rambut berbuah.

Caranya hanya dengan menyapukan minyak kelapa dara ke seluruh kulit kepala. Urut dengan perlahan agar ia mudah meresap. Ia sesuai untuk digunakan ketika rambut kering atau basah.

Ternyata, rambut berbuah boleh diatasi dengan beberapa langkah yang sememangnya berkesan. Rambut merupakan mahkota wanita, oleh itu jagalah kesihatan rambut anda dengan baik.

Sekiranya anda mahukan penyelesaian rambut yang sihat, cubalah Minyak Kelapa Dara Bio Tropikal hari ini dengan mendapatkannya melalui website kami.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *